31 Oktober 2010

DAH DAPATTTTTTTTTTTTT......THANK YOU SO MUCH.

Salam , uishhhhh..alhamdulillah dapat kiriman dari jauh lagi kali ini, dari seorang kawan yang tinggal jauh beribu ribu batu diseberang laut ditanah Arab tuhhh..terima kasih banyak banyak ya kawan...(tak payah sebutlah namanya) janji dia dah tau barang yang dititip buat Kak Intan diterima dengan selamatnya.
Bila Kak Intan buka je sampulnya terdapat 2 biji bekas untuk baking dish. Errmmm macam lah Kak Intan ni rajin sangat membaking he...he... Hello kawannnn...manyak terima kasih ooooooo...lu punya baking dish manyak cantek looooo..... wa manyak suka hati you tau ka kawan....
Wa pun manyak suka dia punya kaler ma.......putih melahhhh...manyak cun oooo... Kalau wa tak membaking pun wah bolih kasi bikin lain punya kan???? he...he.....
Sekali lagi Kak Intan nak ucap terima kasih pada SAHABAT ni yang bersusah payah untuk Kak Intan. Kami juga hanya berkenalan melalui alam maya... tak sangka sampai begini. Kak Intan ikhlas berkawan dengan sesiapa sahaja, jauh dihati mengharapkan agar persahabatan ni ikhlas sampai bila bila, itu sahaja. Ok lah layan gambar cenderahati yang Kakintan dapat ni....salammmm dan jumpa lagi dientry yang akan datang.

SI TUREEN YANG PUTIH BERKILAT...


Salam bertemu lagi....sambil sambil duduk duduk petang petang hari Ahad ni ini kita duduk duduk bercerita lagi melalui alam maya ini. Bolih la kan.... ermmm semalam masa balik dari meeting REUNION Kakintan dan Kak Hidayah (salah seorang senior Kak Intan masa sekolah dulu) pergi jalan jalan cuci mata ke Wangsa Walk. Maklumlah masing masing dah dapat green light dari Hubby masing masing. Apalagi shopping sakanlah jawabnya... bukan Kak Intan tapi Kaki Hidayah...he..he.... seronok tengok Kak Hidayah shopping semalam, banyak barang yang buat dia tergoda, selama ni dia tak pernah masuk keROMANTIKA ni...tapi sekali dia dah masuk nak melangkah kaki keluar punyalah susah... kedai nak tutup pun kami masih pilih barang lagi kat dalam tuh he..he... patutnya kena minta komisyen jugak ni dengan Untie Nyonya tauke ROMANTIKA tu ha..ha... tak delah saje je Kak Intan gurau2 ya ...

Masa duk tolong Kak Hidayah pilih barang semalam mata Kakintan terpandang kat ciTureen yang putih ni. Wahhhh...bukan main posing lag kat situ, orang lain macam tak nampak je kehadiran cikTureen ni kat dalam kedai tuhhh..ha..ha...
Tak apa lah kan Tureen, biar lah Kak Intan yang jadi pembelinya, sebab Kak Intan tengok harganya pun bolih tahan , memang semua orang mampu milik dengan cik Tureen ni. Mana taknya...harga nya baru $29.00. Ermmm...kalau buat tomyam ke, bubur ke pengat ke, memang sesuai ditempatkan kat sini betul tak?..Ok lah sapa sapa yang teringin rasanya bolih lah serbu mana mana ROMANTIKA untuk membelinya. Ok lah...sampai disini dulu kisah siTureen yang putih berkilat ni...jumpa lagi lain entry...salammmm...

DAPAT MUNGER SEJAMBAK........

Salam semua, selamat berhujung minggu. Cuaca nampak bagus sekali petang hari ni panas nya sampai kepetang, tak ada hujan ditengah hari..... he..he.... alhamdulillah kepada Nya. Apa pun yang diberikan kita terima ketentuan nya dengan redha.Samalah juga dengan Kak Intan apa yang orang bagi Kak Intan terima je lah....
Bunga yang sejambak ni Kak Intan dapat dari salah seorang kawan kembar Kak Intan....sapa lagi kalau bukan Ham. Ermmmm.... sapa sangka kami kenal dari alam cyber memanjang sehingga kehari ini. Alhamdulillah .... mungkin kami serasi sebab tu ada yang menggelarkan kami pasangan KEMBAR. Tak kisah lah tuh apa pun tanggapan orang kami tetap berkawan dari dulu kini dan selamanya mungkin.... Ham terima kasih banyak banyak ya....apa pun Ham bagi Kak Intan terima dengan ikhlas...he..he... suka sangat ni kalau rose merah merah macam ni.....tapi Ham jangan bagi Kak Intan bunga malai dah la ya..ha....ha...ok Ham sorry Kak Intan gurau gurau je nihhh..kih...kih...Ok sampai disini dulu catatan Kak Intan petang minggu ni...salammmmmm...

28 Oktober 2010

29 OKTOBER DALAM INGATAN...DAH 27 TAHUN ALHAMDULILLAH...

Salam dan selamat pagi semua pengunjung pengunjung blog Kak Intan. Alhamdulillah kita bersua lagi dipagi Jumaat yang mulia ini. Hari ini rasa seronok sangat sebab ini adalah hari yang ke27 ulangtahun Perkahwinan Kak Intan dan suami (Kamarudin Bahar). Pada 29hb Oktober 1983 27 tahun yang lalu Kak Intan telah dinikah kan dikampong kelahiran Kak Intan di Chenderong Balai Teluk Intan Perak. Alhamdulillah sekali lagi kehadrat Illahi kerana memberkati perkahwinan ini dengan anak anak seramai 3 orang yang kesemuanya lelaki.
Kalau di selongkar balik kisah lama lama dulu, Kak Intan dan suami berkenalan dan berkawan cuma dalam masa 3 bulan. Ermmmm.... mungkin jodoh kami dah sampai, walau pun Kak Intan masih lagi belum bersedia untuk menjadi seorang surirumah tangga pada masa itu.... tapi bila perhubungan diketahui olih keluarga pihak suami mereka cepat cepat mahu kani ditunangkan. Ya lahhhh.... sapa yang tak bimbang bila anak perempuannya tinggal jauh dari keluarga sendirian kan. Pada usia 21 tahun Kak Intan pun ditunangkan masa tu Kak Intan pun baru lagi bekerja diKuala Lumpur. Kebetulan suami Kak Intan juga berasal dari Kuala Lumpur, jadi tak jadi masaalah sangat. Kami ditunangkan tak sampai setahun , lebih kurang 9 bulan sahaja. Tiba masanya keluarga sebelah suami pun memberitahu keluarga Kak Intan hari perkahwinan akan dilansungkan pada tarikh ini -29 Oktober 1983-alhamdulillah segala nya dilansungkan dalam suasana serba sederhana.
Selama 27 tahun ini Kakintan rasa bersyukur sangat sebab walau pun ada ranjau dan duri yang kami hadapi ianya dapat kami tangani dengan selamat. Mana ada rumah tangga yang tak bergelora sesekali ada juga perselisihan faham berlaku tapi kami dapat selesaikan dengan baik... jarang lah berlaku berlarutan. Apa apa pun perbincangan adalah jalan penyelesaian yang terbaik.
Hu...huuu inilah gambar gambar kenangan yang dapat Kak Intan titipkan bersama disini sebagai kenangan 27 tahun yang lalu. Kepada kawan kawan yang banyak menghantar SMS dan juga mesej mesej melalui FACEBOOK, Kak Intan mengucapkan ribuan dan jutaan terima kasih diatas doa2 dan ucapan kalian itu.... Kak Intan juga mendoakan semoga rumah tangga anda semua diberkati Allah didunia dan akhirat disamping keluarga anda yang tersayang. Sama samalah kita menjadikan keluarga kita sebuah keluarga yang bahagia disamping anak anak yang dikurniakan olihNya. aminnnnnnnnnnn.....Salam dan jumpa lagi dilain entry.....

27 Oktober 2010

KARI IKAN JENAHAK...


Salam dan selamat petang...kita bertemu lagi dipetang hari Khamis ini, apa khabar? Entry kisah masak masak lagi. Hari ini Kakintan memasak awal sikit dari biasa. Menunya ikan jenahak masak kari ala ala mamak gitu. Kenapa ala ala Mamak sebab Kak Intan tak menggunakan santan macam biasa. Kak Intan gantikan dengan air asam jawa. Rasanya lagi sedap daripada diletak santan. Lagi pun kalau masak macam ni dia agak lambat basi, tapi kena lah lebihkan sikit rempah kari nak kasi pekat satu, satu lagi rasanya juga lagi tambah sedap.
Seperkara lagi kalau masak kari ni pekat pekat kuah nya juga kadang Kak Intan buat cicah dengan roti cana atau pun roti boom. Kalau nak cicah cekodok pun sedap juga kan. Ishhh...ishhhh tak habis habis cerita pasal makan , makan, makan...he...he... ok lah...sampai disini dulu ya catatan Kak Intan kali ini...jumpa lagi dalam entry akan datang ....salammmm




26 Oktober 2010

PANCAKE DAN JEM STRAWBERRY

Salam...selamat pagi...bertemu lagi kita disini. Entry kali ni tentang menu minum petang semalam. Dah tak tahu nak makan apa jadi Kakintan pun masak lah pancake ni. Pancake ni adalah resepi segera he..he....dah lama beli pancake segera jenama NONA ni, tapi baru ada kesempatan nak memasak nya.
Rasanya kalau untuk minum petang dalam 5 orang memang sesuai sangat lah sebab bila dah dimasak dapatlah dalam 10 keping pancake size yg sederhana. Kebetulan jem strawberry yang Kakintan beli dari kedai BAGUS masih banyak lagi stok nya apa lagi curah kan je lah kat atas pancake ni. Sedap rasanya ada masam2 manis. Ok lah layan dulu gambar pancake Kakintan ni. Jumpa lagi lain entry, salammmm...

25 Oktober 2010

MEE GORENG,

Salam....bertemu lagi...he...he...dah tengah malam baru dapat letak entry baru. Entah apa yang dibusy kan pun tak tahu. Pepagi tadi dalam dok sibuk sibuk tu Kak Intan sempatlah siapkan sarapan mee goreng ni. Minggu lepas sepanjang hari asyik buat cekodok je. Dah jemu pula rasanya hari hari makan cekodok. Walau pun begitu Kak Intan buat lain lain perisa setiap hari perisa bawang, ikan bilis , udang dan juga sayur. Pencicahnya juga Kak Intan tukar tukar rasa..ada sos cili ada juga kuah kacang. Tapi ranya kuah kacang lagi sedap
Pagi2 tadi masak mee goreng pula, pada asalnya Kak Intan beli mee ni nak buat mee rebus. Kebetulan program utama nak masak mee ni dibatalkan sebab tetamu Kak Intan juga tak jadi datang, sebab tu juga lah menunya bertukar menjadi mee goreng he..he...Oklah sampai disini dulu celoteh Kakintan tengah tengah malam buta ni.... jumpa lagi...salammmm

22 Oktober 2010

CEKODOK SAYUR PULA....


Salam semua....bersua kita lagi. Ermmmmm...he..he....cekodok lagi kan minggu lepas memang minggu cekodok lah gaknya , hari hari duk buat cekodok, ni yang last Kakintan buat untuk minggu sudah. Kakintan buat cekodok sayur pula. Antara sayur yang Kakintan campurkan ialah sedikit carrot yg diparut kasar, sedikit taugeh, kucai dan juga bawang besar yang dimayang halus. Kemudian Kakintan campurkan pula dengan sebiji telor, serta beberapa ekor udang yang besar kemudian Kakintan potong potong dan bancuk pula dengan air sejuk dari peti ais campurkan sedikit garam. Goreng garing garing. Kali ni tak makan dengan cili sos, tapi Kakintan guna kuah kacang (versi pecal) untuk dicicah..perggghhhhhhh..buat kan kopi panas panas....fuhhhhhhhhhh memang THE BEST lah nak pula kalau makan ramai ramai....memang mabeles...he..he..
Ok sekian dulu celoteh pagi ni pasal makan makan, masak masak he..he...Jumpa lagi lain entry . Salam buat semua.

MEE BANDUNG.

Salam dan selamat pagi Sabtu. Pepagi ni nampak mendung sahaja...mana yang bercuti memang seronok kalau nak tarik selimut balik, sambung semula tidur. Bagi Kakintan tak lah rasanya... he..he....lain macam je rasanya kalau usia usia macam Kakintan ni nak nyambung tidur tak tentu pasal. Lagipun kata orang tua tua tak baik kalau tidor masa matahari menaik .... ermmmm.... sendiri mau ingatlah bak kata Nabil siRaja Lawak tu kan....lu pikir la sendiri...
Entry pagi ni pasal makan makan kat rumah Kakintan dua hari yang lepas. Badan time tu tak berapa sihat. Nak makan nasi pun rasa tersekat je kat tekak ni. Ya tak ya...barang barang balance buat padprik seafood ada lagi... cuma nak kena beli mee kuning lagi. Akhirnya buatlah mee bandung yang ringkas2 ni. Rasanya kena dah kat tekak ni sebab ada rasa pedas2, masam2 sikit dan manis. Makan pula masa masih panas lagi memang bercucuran lah peloh jawab nya he..he....resepi nya ambil disini...http://resepi.mesra.net/Detailed/339.shtml Ok lepas ni bolih la cuba membuatnya. Terima kasih kepada mesra.net kerana berkongsi resepi disini, lain kali bolih buat lagi. Salam dan jumpa lagi lain entry.



21 Oktober 2010

PADPRIK SEAFOOD.....

Salam, selamat malam, apa khabar? Kita jumpa lagi dimalam hari Khamis ini..Errrmmmm entry makan makan lagi. Lauk yang dibuat dua tiga hari yang lepas, lauk yang paling senang. Lagipun badan kurang sihat, jadi makan pun masak seadanya...he..he..
Ok kalau nak resepinya nanti Kakintan updated kemudian ya....layan dulu gambar ni...salammmm...jumpa lagi esok hari...

YANG ANTIK ANTIK.....


Salam semua, minggu sudah dah tak sibuk dengan jemputan majlis perkahwinan, tak ada aktiviti apa apa yang nak dihadiri. Jadi Kakintan dengan suami ambil masa ini dengan membuat tanaman semula pokok pokok bunga yang ada didepan rumah. Dah lama pokok pokok ni tidak dibelai, kebanyakkan nya dah tua tua dan memang masanya untuk ditanam semula. Sambil sambil tu ubah suai juga sedikit sebanyak perabot yg ada disitu.
Antara yang Kakintan sayang dan jaga ialah tempayan dan juga dulang tembaga ni. Bukan nya apa inilah salah satu barang kesayangan Hubby juga peninggalan arwah ibunya. Kerusi ni pun Hubby yang dapat dari salah seorang kawan nya. Jadi Kakintan letak disitu dan gabungkan ketiga tiganya untuk dibuat bersantai waktu petang atau pun malam hari sambil minum minum kopi. Ok lah layan dulu picture ni, sampai jumpa lagi.... salammm





18 Oktober 2010

CEKODOK LAGI....


Salam, selamat pagi dah sarapan ke? Sarapan apa la gak nya pagi ni ya? Malam tadi kebetulan ada pasar malam tak jauh dari rumah Kakintan. Memang selalunya kalau ada benda benda yang betul betul teringin nak makan baru lah Kakintan turun kePasar Malam. Semalam teringin sangat nak makan Laksam, dan anak bujang Kakintan pula nak makan nasi kerabu, jadi lepas je waktu maghrib Kakintan pun pergi la beli. Dalam pada merayau mencari nasi kerabu dan juga Laksam ternampak lah orang menjual pisang berangan berlonggok longgok. Murah je pun, selonggok $2/= (iye ke murah?... kalau kat kampong pisang2 macam tuh habis dipokok dimakan dek burung je kan...) he..he.... tak kisah la tuh. Jadi Kakintan pun beli lah selonggok je...memang niat dihati beli untuk buat sarapan cekodok pisang. Inilah pun hasil nya he..he..
Pekena kan pula dengan kopi panas panas...wahhhh memang sedap panas panas gitu. Ok Kakintan nak out dulu ekkk.... layan je pic sarapan pagi Kakintan pagi ni... salammmmm...

TIN / ENAMEL BERTAMBAH LAGI.....

Salam, jumpa lagi kita disini dipagi hari Selasa ini. Ermmmm...nak kongsikan dengan anda semua apa yang Kakintan terima dari seorang kawan ni masa kerumahnya Sabtu lepas. Macam tahu tahu je siRozie ni Kakintan ni memang seorang peminum teh dan juga sedang mengumpulkan barang barang daripada tin dan enamel.... he..he....nak tau tak?... masa balik dari rumah nya inilah cenderahati darinya yang Kakintan dapat.... uishhhh seronoknya. Comel comel je tin dia dalam nya tu berisi tea.
Ini bukan bermakna Kakintan mengharapkan apa apa, tapi kalau dah rezeki nak dapat dan orang nak bagi syukur alhamdulillah dan terima kasih sangat sangat lah ya Rozie. Kebetulan pula barangan yang kita dapat tu memang yang kita suka apa lagi macam orang dapat bonus juga lah ibarat nya.
Apapun yang penting dalam persahabatan adalah sebuah keikhlasan seseorang. Insyaallah ianya akan berpanjangan sampai bila bila, betul ke tak?..Ok lah sampai disini dulu celoteh Kakintan pagi ini. Jumpa lagi dilain entry. Salam

HITAM PUTIH YG PERNAH SINGGAH DIHATI...

Salam , minggu lepas Kakintan jalan jalan keNagoya Textile, bukan apa tolong surveykan kain curtain untuk seorang kawan. Katanya dia minat yang bercorak moden dan abstrak.....warnanya pulak nak kan yang bertema hitam dan putih. Rasanya warna ni tak susah pun nak cari. Bila masuk sahaja di Nagoya Care4 Wangsa Maju terus sahaja Kakintan terpandang kan corak corak sebagaimana yang kawan Kakintan ni katakan. Ermmmm....cantek cantek juga coraknya. Satu masa dulu Kakintan pernah juga gunakan tema hitam putih ni dalam menghias rumah Kakintan. Memang suka dengan dua warna ni. rumah pun nampak kemas juga kalau kena pada cara kita mendekorasinya. Paling Kakintan minat ialah corak belang ni (Zebra)....kalau dapat carpet corak ni lagi best. Sampaikan pakaian pun Kakintan minat sangat dengan corak ni juga. Entah kenapa secara otomatik memang minat sangat sangat.
Kain yang ni pun cantek juga coraknya, gabungan dari warna kelabu, hitam dan putih. Mana yang pandai mendekorasi rumah gaya moden memang sesuai sangat ni. Coraknya pun nampak macam kain yang mahal tu (Damask) , jadilah kalau setakat macam kita ni nak guna kain bercorak seperti ini untuk dibuat curtain. Sebabnya kain Damask tu harga bolih tahan ratusan ringgit juga semeter.
Kain kain ni pada Kakintan semuaoarang "mampu milik" sebab harga nya tak lah melebihi dari $20/= semeter...berbaloi la tuh kan...
Ada macam macam corak yang sempat Kakintan ambil gambarnya, yg bawah ni coraknya berbunga besar2....kalau rumah kita luas buat curtain sesuai sangatlah nampaknya.
Selalunya corak yang macam ni pula, taste untuk anak anak muda remaja...terutama untuk bilik anak anak lelaki yang meningkat remaja...
Kalau nak letak kat bilik anak perempuan pun apa salahnya. Cantek juga kannnn......
Ok lah..layan dulu pic2 ni untuk cuci mata he..he... Kakintan bukan buat iklan ya....saje suka suka nak share kat sini. Salam dan berjumpa lagi dilain entry.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...