15 Ogos 2014

MENYIAPKAN SARUNG STOOL.

Dah siap sepenuh nya tunggu yer Kak Intan poskan...
 
Assalamualaikum,
Alhamdulillah bertemu lagi, kali ini nak cerita hasil kerja tangan menjahit Kak Intan, nampak nya walau pun hari raya telah pun berlalu tempahan masih banyak lagi yang Kak Intan perlu siapkan terutama nya sarung stool (kerusi bulat) menggunakan kain corak gingham. Ada pelbagai warna Kak Intan terima tempahan, paling ramai sukakan warna hijau /putih dan juga merah/putih. Kebanyakkan yang menempah ada lah kawan kawan yang sama sama berminat dengan gaya ala english country (kedesaan Inggeris) . Seronok pulak menjahit bila dah tengok macam macam warna macam ni. 
Tinggal tambah jahitan getah disekeliling nya.
Hari ni...sementara menunggu hujan yang turun sejak pagi tadi reda sempat juga Kak Intan menyiapkan lagi beberapa helai sarung stool. Ermmmm...dah tengahari perut pun dah keroncong, perut perlu di isi dahulu, kebetulan hari ni banyak undangan perkahwinan saudara mara dan sahabat taulan sekitar Kuala Lumpur ni, jadi Kak Intan pun siap siap lah untuk memenuhi undangan mereka. Nanti malam bolih sambung lagi jahitan Kak Intan ni untuk disiapkan dengan jahitan getah pula disekeliling nya supaya bila dilekatkan ianya tak mudah tercabut daripada kedudukkan nya nanti. Ok... sampai disini dulu nak siap siap kan diri sebelum keluar, wassalam kita jumpa lagi dilain entry..

13 Ogos 2014

PERSIAPAN NAK SAMBUT HARI RAYA....


 Assalamualaikum,
Persiapan menyambut hari raya buat kali ini biasa biasa sahaja tak ada yang  baru, apa yang ada sahaja itu lah yang Kak Intan gunakan semula setelah dicuci bersih bersih. Tentang kuih kuih raya juga macam tu beli biskut dari kawan kawan yang dah biasa berurusan dengan mereka, sebab kita tahu biskut biskut yg mereka buat dan dan paarkan memang yang terbaik. Hanya dua tiga jenis biskut sahaja yang Kak Intan beli, selebih nya rezeki dari anak anak yg mereka sendiri pilih dan juga beli.
 
Kalau beli banyak banyak pun takut nanti tak dimakan hanya jadi koleksi tong sampah, so lebih baih beli mana yang mereka suka makan dan betul betul berminat. Ada juga pemberian anak anak yang Kak Intan asuh ni... dijadikan mereka hadiah untuk menyambut hari raya. Alhamdulillah...


Barang barang perabut dan hiasan rumah semuanya sama...tak ada yang baru2 sebab semuanya masih dalam keadan baik lagi... hanya perlu dicuci bersih. Ok lah sampai disini dulu nanti kita sambung lagi cerita raya ni yer...wassalam

BERTEMU LAGI SETELAH SEKIAN LAMA...


 Assalamualaikum dan salam sejahtera...
Memang lama kita cuti berblog kali ni, dari sebelum berpuasa lagi sampai la dah nak habis raya Aidilfitri baru hari ni teringat nak update semula blog ni. Alhamdulillah raya kali ni Kak Intan sekeluarga berhari raya ditempat orang , cuba cuba tukar angin. Semenjak arwah emak meninggal 4 tahun yang lalu ini kali pertama Kak Intan sekeluarga tak balik kekampong halaman Kak Intan. Oh yerrrrrr... lupa la pulak nya nak ucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri pada semua kawan kawan yg berugama Islam rasa nya belum ketinggalan lagi untuk berhari raya kan masih berbaki beberapa hari lagi.


Apa pun ada sedikit kelainan pada hariraya kali ini, ada pertambahan dalam keluarga Kak Intan, syukur alhamdulillah sebab sama sama berhariraya dengan menantu pertama Kak Intan. Itu sajer yang nak dikongsikan sempena hari raya kali ini. Nanti kita sambung lagi cerita raya ni dientry akan datang ok. Wassalam.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...