26 Januari 2014

BIRDCAGE CANDLE HOLDER.


Assalamualaikum,
Masa jalan jalan cuci mata diRomantika Wangsa Walk ternampak kat satu sudut susunan birdcage ni warna hitam dan juga putih. Bila nampak ianya masih kosong terdetik dalam hati Kak Intan unuk menghiaskan nya ikut citarasa sendiri. Bahan bahan untuk menghias pun masih banyak stok. Ok tak tunggu lagi cepat cepat jer suruh pekerja Bangla kat Romantika tu suruh bungkuskan satu..

Balik kerumah cepat cepat panaskan glu gun buat apa yangdirancangkan. Ok dah siap pun lepas ni bolih la hias kan kat mana2 kan satu lagi kalau nak diubah suai buat hantaran pun cantek. Ditengah tengah tempat meletak lilin tu kita tukar kan pula meletak bekas cincin , sesuai kalau dibuat tempat meletak cincin pertunangan dan juga cincin merisik , tak gitu...Ok sapa nak buat bolih la cuba idea yang Kak Intan bagi ni. Ok sampai disini dulu yerrrr Wassalam.

CANDLE HOLDER...


Assalamualaikum,
Entah berapa kali gak nya Kak Intan menukar dekor untuk kaki lilin yang sepasang ni... untuk kali ini dekor ini Kak Intan buat sempena majlis perkahwinan anak yg sulong tempohari, jadi warna tema juga Kak Intan pilih dari warna warna yg lebih kurang sama dengan dekor dimajlis tersebut semasa ianya dibuat diTaman Tasik Titiwangsa. Untuk bahagian atas nya beginilah Kak Intan hiaskan nya....

Manakala untuk dibahagian kaki lilin nya pula Kak Intan cantumkan bunga bunga dan juga sedikit lace.

Dan begini lah hasil nya yang Kak Intan dapat, hanya ini yang dapat dikongsikan buat kali ini, Ok untuk kali ini,sampai disini dulu nanti kita kongsikan lagi dekor yang lain pula, wassalam.

23 Januari 2014

MAKAN MAKAN D'LALA SEAFOOD TOMYAM.


 Assalamualaikum,
Bagi meraikan kawan kawan dan saudara mara yang bekerja keras sewaktu mengadakan majlis perkahwinan anakanda Kak Intan tempohari, Kak Intan dan suami menjemput mereka makan malam diD'Lala Seafood di Kampong Baru. Alhamdulillah segala nya berjalan sebagaimana yang dirancangkan.

Pasangan pengantin baru turut sama dengan menjemput Boss mereka ke makan malam tersebut, beliau datang bersama keluarga. Antara menu special dihidangkan pada malam tersebut ialah ayam goreng pandan bersama sos cili.


Ketam goreng bercili... nyumm... nyummmm memang "the best" tapi Kak Intan tak bolih makan banyak ni, sekadar merasa  jer ni, kalau terlebih makan nanti alergic satu badan he...he...


Ikan kerapu goreng bercili, yang ini pun memang the best menu..


Siakap steam...

Tumis lala

Ada lagi 2-3 jenis menu yang dihidangkan dan tak sempat diambil gambarnya... diakhir menu pencuci mulut dihidang kan iaitu serawa pulut durian dan juga serawa pulut dan mangga..

Alhamdulillah, semua menu2 nya sedap sedap, berbaloi juga dengan harga yg dikenakan. Insyaallah ada rezeki kami datang kesini lagi untuk menjamu selera ya D'Lala Seafood , wassalam..

15 Januari 2014

MAJLIS RESEPSI DITASIK TITIWANGSA 11 JANUARY 2014- TEMA ENGLISH VINTAGE

Assalamualaikum,
Selesai sudah majlis perkahwinan anakanda Kak Intan diJohor Bharu, minggu berikut nya diadakan pula majlis bagi pihak Kak Intan diTaman Tasik Titiwangsa. Bermula jam 12 tengahari , para jemputan mula sampai, alhamdulillah teman teman rakan taulan jauh dan dekat semua nya datang, begitu juga saudara mara adik beradik jauh dan dekat juga datang. Kak Intan rasa sangat terharu dengan kedatangan mereka semua, apa pun Kak Intan terlebih dahulu mohon ampun dan maaf jika ada kekurangan sana sini, dari segi layanan, makan dan minum dan juga apa jua tanpa kami sedari... sekali lagi kami sekeluarga mohon ribuan ampun dan maaf. Diperingkat permulaan ternampak juga kawan kawan sama sama aktif dalam Band Booster dulu Puan Gie dan anak saudara nya, serta jiran jiran tetangga yang tinggal berdekatan dengan rumah Kak Intan.

Tetamu tetamu dari sebelah pihak keluarga perempun  juga sampai awal hari tu..

Saudara mara yang datang dari jauh diJohor Bharu...

 Rakan rakan FB antara nya Ema Hj Abd Rahman dan Umee Nazri.. 


Rakan facebook paling lama sejak dari zaman Forum My Resepi lagi kami berkenalan seterus nya kelaman blog iaitu Hamsiah Junid aka Rain Purple. 

Dan antara VIP yang datang juga hari tu ialah Dato Dr Tan Kee Kwong, Ahli Parlimen Wangsa Maju serta kawan kawan yang sama bergiat dengan Dato. Terima kasih Dato sudi hadir dimajlis kami untuk memeriahkan nya lagi.


Antara orang kuat Kak Intan yang sama sama membantu dalam majlis hari tu Azie, Mia dan juga Faridah, dari Johor Bahru sampai keTasik Titiwangsa diorang lah yang banyak membantu Kak Intan sekeluarga. Terima kasih sangat2 juga dari kami sekeluarga..


Teman teman dan juga rakan FB iaitu Noraihan Gausmiah, Hjh Azni Miswari dan Suriyani Sulaiman yang datang dari seberang Tambak Johor iaitu Singapura, juga Chinta Amani aka Nurzila sekeluarga dari Seremban 2. terima kasih banyak2 sudi datang kemajlis ini... seronok sangat Kak Intan tapi apakan daya sebagai tuan rumah tak dapat nak berborak lelama he...he...


Ini pula antara teman teman zaman sekolah suami Kak Intan, ini hanya sebahagian dari mereka yang datang dalam 60 orang kesemuanya. Alhamdulillah mereka pun dapat bertemu dan berkumpul dimajlis ini. Kesemua mereka ini dari SMK Batu Jln Ipoh.Kuala Lumpur.


Oh yer... yang ini juga teman yang kenal dari zaman Forum My Resepi juga Nizza Mohd Noor, yang datang bersama suami tersayang dan juga anak nya...


Untuk meraikan tetamu yang datang kami selang selikan majlis dengan live band dari Truvox Band olih saudara Wan Razzali, Kak Intan suka dengan nyanyian nya, kalau nak tengok lagi diorang ni perform bolih tengok didepan Kompleks SOGO atau pun kelab2 sekitar KL.


Paling tak sangka dapat jumpa Sue Joshua yang datang sekeluarga juga, alhamdulillah kan Sue selalu kita berborak kat wall FB jer, tetiba muncul depan batang hidung akak he...he... thank q thank q... Sue sudi datang.


Yang ni pula juga rakan blogger, Dr Ina Harlina Mohd Ali, kami ni tinggal tak jauh tapi susah juga nak jumpa.. he..he.. kan Ina kan..maklumlah masing2 sibuk dengan hal masing2.


Ini pula rakan rakan dan juga jiran setaman, selain tu aktif diFB, antaranya Salbiah, Azie, Zah, Umi Ayu, Rohani Jaafar dan juga SIti Aishah, terima kasih semua datang kemajlis anakanda Kak Intan tempohari yer.


Seronok tengok gambar ni warna warni pakaian diorang , mereka ni semua rakan2 suami Kak Intan dari X-MARA HOLDING.

Dan diorang ni pula rakan2 anak anak Kak Intan dari group NAZA MOTOR... mereka yang mengiringi rombongan pengantin pada hari tersebut dari Hotel Sri Pasifik ke Taman Tasik Titiwangsa. Ok sampai disini dulu nanti kita sambung lagi cerita... sebenar nya masih ramai lagi tetamu2 yg hadir hari tu tapi tak dapat nak dimasukkan kesemuanya disini  gambar2 mereka. Ok Kak Intan undurkan diri terlebih dahulu. Wassalam.

14 Januari 2014

ALONG DAN SYA DAH SAH JADI SUAMI ISTERI....SYUKUR ALHAMDULILLAH.










PERSIAPAN MAJLIS PERNIKAHAN ALONG DIJB 4JAN 2014.


Assalamualaikum
Kita sambung cerita lagi, 4hb Jan 2014 adalah hari pernikahan Along dirumah pengantin perempuan di Johor Bharu. Awal pagi lagi keluarga Kak Intan dan beberapa buah kereta lagi bertolak kesana. DiJB kami dtempatkan disebuah homestay, dan juga hotel. Maklumlah rombongan kami ramai jadi tak muat kalau satu homestay sahaja.

Kami sampai dihomestay Taman Setia Indah lebih kurang jam 1 tengahari...alhamdulillah lega, sebab selamat sampai kesemuanya. Sambil2 duduk berehat dan makan makanan yang telah disediakan buat kami tengahari tu , kami prepair barang2 hantaran yang kami bawa sebanyak 5 bekas lagi, antara nya seutas rantai tangan sebagai maskahwin, bag tangan, kasut, sejambak bunga pengganti sireh junjung dan sepasang telekong.

Ada juga kami prepair "tol" he...he.. mana tahu kan saja lah buat persediaan, mana tahu kan nanti dikenakan "tol", alhamdulillah tol dimansuh kan. malam tu...he...he...
Inilah barang barang hantaran yang dibawa olih pihak Kak Intan pada malam tu...

Kami juga sediakan sebekas bunga telor sebagai buat tangan dari pihak kami... kaum2 ibu sibuk menyiapkan nya tengahari tu. Bawa telor yang dah siap direbus...hanya tinggal dimasuk kan kedalam kelonsong dan diikat sahaja lagi.


 Antara rombongan dari pihak Kak Intan (lelaki) ialah anak2 saudara sebelah suami, sepupu sepupu dan juga adik beradik suami Kak Intan.
  Dah sampai depan pintu gate rumah perempuan, tunggu dijemput masuk sahaja lagi tu...
 Yang ini pula bekas mas kahwin, dalam nya ada seutas rantai tangan...
sepasang kasut
Hand bag


 Sebekas bunga telor dan ada beberapa lagi dulang hantaran yg tak sempat diambil gambarnya waktu ini.
Along dan pengiring dah bersedia masuk kerumah pengantin perempuan untuk dinikahkan. Jummmm tengok yang seterusnya lagi...tapi kak Intan kena out sekejap nak isi perut he..he.. ok wassalam... jumpa lagi yer dientry seterusnya pula.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...