31 Ogos 2010

KARIPAP DAN ROTI GORENG...SERTA AIR TEBU...

Salam .... ini entry yang ke3 untuk hari ini..entah apa rajin sangat la pula, kalau tiba angin malas nanti sungguh la malas nak meletak entry baru he...he.. Menu untuk hari Jumaat lepas... dah lama tu kan?.. memang hari Jumaat yang lepas hari yang paling meletehkan Kakintan rasanya. Tak tau kenapa rasanya buat kerja kerja rumah macam biasa juga...tapi penat nya semacam pulak hari tu. Jadinya hari tu Kakintan punya menu pun menu main tunjuk tunjuk je diBazar Ramadhan tu, satu lagi kalau nak beli mestilah pilihan yang anak anak suka makan. Kalau beli yang mengarut ngarut tu memang anak anak tak akan makan. Buat membazir je makanan tu, tapi dua jenis juadah ni kalau beli memang jarangjarang sekali terbuang. Silap silap haribulan dia menjadi cukup he..he...
Antaranya air tebu.... memang sekejap je habisnya, tapi air tebu ni memang tak serasi dengan Kakintan rasa bisa bisa badan kalau meminum nya.
Keduanya karipap berintikan daging, insyaallah dalam sekelip mata dah habis dah ....
Ketiga nya roti goreng berintikan daging, tiap2 hari beli pun tak apa...cepat je habis nya...Kadang kadang jadi tak cukup. Ok lah sekian dulu coretan hari ini. Salam dan selamat berpuasa...

ANTARA HARI MERDEKA DAN HARI LAHIR..ABG NGAH...

Salam selamat pagi .... apa khabar semuanya...sekejap je dah masuk bulan September kan.... Ramadhan juga tak lama lagi dah nak sampai kepenghujung nya. Sekejap betul masa berlalu sekarang. Dua tiga hari lepas agak busy yg entah apa apa, tak habis habis.. he..he...entry pun tak sempat nak letak. Oh ya... semalam kita semua rakyat Malaysia menyambut HARI MERDEKA yang ke 53 tahun. Alhamdulillah bertuah juga jadi rakyat Malaysia ni sebab dikurniakan Allah hidup yang serba sempurna dibumi ini. Malaysia bolih juga dikategori kan sebuah negara yang aman dan makmur, jauh sekali dari bencana yang besar besar seperti peperangan dan sebagainya.
Selalunya setiap tahun merayakan hari KEMERDEKAAN keluarga Kakintan juga meraikan hari jadi anak Kak Intan yang no 2 (KHAIRUL EZWAN)..atau Abang Ngah...tahun ni Abang ngah memasuki usia 24 tahun. HAPPY BIRTHDAY TO YOU. Semoga panjang umur, murah rezeki, sihat tubuh badan dan hidup diberkati didunia dan diakhirat.

Ok...sekian dulu catatan Kakintan pagi ni, bersua lagi dilain waktu, selamat berpuasa dan selamat menyambut Hari Raya Aidilfitri.... salammmm

MAJLIS BERBUKA PUASA DAN MENYAMPAIKAN SUMBANGAN...

Salam, entry kali ini tentang majlis berbuka puasa yang diadakan diDewan Serbaguna Seksyen 4, Wangsa Maju...iaitu berhampiran dengan kawasan perumahan yang Kakintan duduki sekarang. Disamping mengadakan majlis berbuka puasa tersebut pertubuhan yang Kakintan ikut ini juga turut menyampai kan sumbangan kepada ibu ibu tunggal dan juga orang orang kurang upaya (OKU) serta juga anak anak yatim . Kebanyakkan mereka ini ada lah dari warga Wangsa Maju.
Turut sama dalam majlis tersebut ialah Dato Zaid Ibrahim, semua orang tahu siapakah dia kan?....selain dari itu juga sekumpulan anak anak Tahfiz juga dijemput hadir ke majlis ini. Salah seorang anak ini juga yang menjadi Imam sewaktu kami melakukan solat Maghrib diSurau yang berdekatan. Alhamdulillah sejuk hati melihatkan anak anak ini yang sedari kecil lagi telah diasuh dalam ilmu agama sepenuh nya. Harapan dari kami semoga anak anak ini menjadi anak anak yang solleh satu masa nanti dan juga menjadi contoh kepada anak anak yang lain yang susia dengan mereka.

Dalam majlis tersebut para ibu tunggal diberikan sedikit sumbangan bagi menyambut kedatangan Aidilfitri. Sumbangan berupa hamper dan juga wang ringgit yang merupakan sumbangan berbentuk peribadi. Alhamdulillah sudah dua tahun pertubuhan ini melakukan nya pada setiap kali bulan Ramadhan. Semoga ianya akan diteruskan pada tahun tahun yang akan datang, insyaallah. Begitu juga dengan mereka anak anak yatin serta orang orang OKU sumbangan yang sama juga turut diberikan.


Dalam majlis tersebut Kakintan membawa 2 orang jiran Kakintan yang berupa ibu tunggal yang kematian suami. Mereka juga tidak bekerja. Hanya mengharapkan pemberian dari anak anak dan juga adalah sedikit wang pencen dari arwah suami masng masing. Alhamdulillah dengan pemberian tersebut dapat juga mengembirakan hati mereka dan dapat lah juga menambah rezeki yang ada. Ok lah ya...sampai disini dulu celoteh Kakintan pagi ni, Salam dan selamat menjalani ibadah puasa dibulan Ramadan yang mulia ini.... aminnnn

29 Ogos 2010

NASI KUKUS AYAM DARA & AIR SOYA...

Salam semua, selamat pagi dan selamat bersua kembali. Dah dua tiga hari Kakintan tak letak entry baru...entah lahhh... sejak akhir akhir ini masa cepat sangat berlalu macam tak cukup waktu je dibuatnya. Ada ada aje kerja rumah yang nak dibuat. Semalam semua kerja kerja dirumah Kakintan tinggalkan sekejap, tak kemana pun cuma keluar mencari keperluan untuk kerja2 menyiapkan jahitan. Keluar rumah dari jam 11 pagi sampai lah kepetang jam 6 baru sampai kerumah semula. Bila balik dah tentu penatkan, akhirnya dapor Kakintan petang semalam tak berasap. Sebelum balik Kakintan & Hubby singgah je diBazar Ramadhan Taman Keramat (AU2) berhadapan dengan pejabat Hubby membeli keperluan untuk berbuka puasa. Itu pun beli mana yang diperlukan sahaja, dan cukup untuk sorang satu. Macam biasa lah kalau minuman family suka air kacang soya. Beli yang masih panas, balik rumah nanti masa nak berbuka baru tuang dalam gelas yang berisi air batu. Tak campor air batu awal2 sebab Hubby tak suka minum yang sejuk2 masa berbuka. Sekarang ini Kakintan pun dah terikut juga sikit2 tak minum minuman yg sejuk waktu berbuka.
Lepas tu sampai kesatu lagi gerai, beli pula 3 bungkus nasi kukus ayam dara (psstt...musykil juga mana tau ayam tu dara .... he..he..), kata hubby nasi kukus yg dia jual tu sedap. Betul la agaknya, sebab masa sampai kat gerai tu bau ayam nya je dah bolih buat selera membuak buak he...he...buat batal puasa je kan. Kakintan beli 3 bungkus je sebab bujang yang dua orang lagi berbuka puasa dengan kawan kawan diorang kat luar. Cukup la tuh kan beli banyak banyak nanti bukan nya makan sangat pun. Cukuplah ala kadar sahaja. Ada juga berjalan kegerai gerai lain, tapi nampak pada mata Kakintan semuanya tak menyelerakan, tapi Ezzat beli juga lah sepotong karamel buat dessert untuk berbuka petang tu,...

Bila selesai berbuka puasa, ha....ah lahhhhh memang sedap nasi kukus yang Kakintan beli ni, nasi, sambal, kuah, juga ayam goreng nya memang secukup rasa bila dimakan.... dah cakap dengan Hubby kalau macam ni bolih lah beli selalu he...he...
Ok lah sekian dulu catatan Kakintan kali ini.... bertemulagi nanti ya...salam Ramadhan dan selamat menyambut Hari Kemerdekaan yg ke53 tahun.... dan selamat berpuasa...






27 Ogos 2010

BERTEMU MONALIZA DIHOTEL CORUS.

Salam, selamat pagi, bertemu kembali dihari ke 18 Ramadhan ini. Alhamdulillah diam tak diam dah 18 hari kita berpuasa. Semalam selesai sahaja berbuka puasa dan solat maghrib Kakintan dan Along keHotel Corus diJalan Ampang untuk bertemu dengan Monaliza Yaakub yang pulang dari Manchester untuk sama sama berpuasa dan menyambut Aidilfitri diMalaysia. Huhhhh...selalu nya berborak melalui YM dan sesekali kami berbual ditalifon, tapi kali ini kami tidak lagi dialam cyber, sebaliknya bertentang mata dialam nya. Maaf lah ya, gambar gambar pertemuan kami Kakintan tak dapat siarkan sebab Kakintan memegang amanah dari Mona... dia tak mau gambarnya dipublishkan.Ok no problem ya. Lama juga kami duduk berborak dilobby hotel tersebut sambil minum minum....Selain teringin bersua muka dengan Mona Kakintan juga datang untuk mengambil barang barang yang Kakintan pesan darinya. Antara nya lace ini. Kakintan memang peminat lace dulu, kini dan selama nya. Suka sangat bila benda ni dah ada depan mata. Nak buat apa itu lain cerita, tak fikir lagi he.....he.....
Selain dari Kakintan juga ada buat pesanan holder untuk meletak piring dan cawan ni... order pun tak banyakkkk..he...he...sikit je dulu. Esok esok bolih order lagi kan.

Dah terima dua barang ni Kakintan dapat la souvinier ni Rose Petal & White Pepper, bukan main wangi lagi baunya. Terima kasih banyak banyak ya Mona. Rasa tak sabar nak menggunakan nya...he..he... Apa apa pun terima kasih sekali lagi atas layanan yang diberikan dari Mona... walau pun bertemu sekejap tapi rasa seronok sangat dapat bertentang mata.


Terima kasih juga sudi meluangkan masa untuk Kakintan dua beranak, walaupun Mona nampak letih semalam. Kalau ada terkasar bahasa mohon maaf dari Kakintan ya. Insyaallah ada rezeki kita berjumpa lagi. Salam dan selamat menjalankan ibadah puasa dibulan Ramadhan.

25 Ogos 2010

IKAN MASIN & PUCUK UBI MASAK LEMAK + TEMPOYAK & UDANG.

Salam semua, apa khabar hari ni....wah diam tak diam dah masuk 16 hari kita berpuasa kan... Malam ni kita semua menyambut malam Nuzul Al Quran, alhamdulillah setakat ini tidak ada apa apa masaalah dalam menjalankan ibadah berpuasa ini. Entry waktu berbuka puasa semalam, inilah dia nya antara lauk lauk yang Kakintan dan suami makan, anak anak masing berbuka diluar. Kebetulan semalam sewaktu nak memulakan tugas didapor untuk memasak, tengok tengok air paip tak keluar. Tunggu punya tunggu sampai jam 6.30 akhirnya bila Hubby balik dari kerja Kakintan pun ajak dia kegerai diBazar Ramadhan, beli lauk "tunjuk tunjuk" he....he.... ini pertama kali dalam Ramadhan ini Kakintan main "tunjuk tunjuk" kat Bazar Ramadhan tu. Itu pun beli ikut keperluan untuk makan 2 orang sahaja iaitu Kakintan dan Hubby.
Ikan gelama masin ni Kakintan tak beli, tapi goreng sendiri. Sesekali pekena ikan gelama masin jerok ni memang sedap...tapi tak bolih lah selalu selalu kan... takut juga BP Kakintan naik, dilawankan pula dengan sayur pucuk ubi yang dimasak bersama tempoyak dan juga udang. Memang best.... tak tau macam mana nak cakap sedapnya, hanya yang suka makan je yang tau...he...he....


Selain dari itu Kakintan beli juga pajeri nenas dan juga ikan bakar...hu...wahh.. ikan bakar memang peberet, kena pula ikan pari cicah dengan air asam..... memang "the best" lahhhh....dan yang paling last Kakintan beli air lai chi kang. Musim musim panas pekena lai chi kang memang sesuai kan
Tapi laici kang yang dijualnya ni lain sikit dari yang biasa2 Kakintan minum. Lai chi kang nya dicampor dengan buah buahan dalam tin atau pun fruit cocktail.... rasanya tetap sedap. Ok lan sekian dulu entry Kakintan pagi ini, jumpa lagi dilain waktu. Salam dan selamat menjalankan ibadah puasa di bulan Ramadhan ini... Bye...bye...


24 Ogos 2010

ANTARA YG DMASAK SEMALAM.

Salam dan selamat pagi. Sementara menunggu anak anak asuhan Kakintan sampai pagi ni, Kakintan macam biasalah duk depan pc melayan blog kawan kawan, selalunya cari resepi resepi apa yang nak dimasak untuk ibuat berbuka nanti. Sambil sambil tu nak share juga lah apa yang Kakintan masak semalam. Dek kerana ada yg request minta masak tomyam jadi Kakintan buat jugalah . Selain daripada itu Kakintan masak juga bubor cha cha sebagai pemanis / dessert waktu berbuka semalam. Tak banyak pun bahan yang Kakintan letak cuma keledek dan sagu biji sahaja.

Inilah tomyam ayam yang Kakintan masak semalam sebagai lauk untuk berbuka. Buat tomyam ayam sahaja + sayur sayuran, kalau buat tomyam yg dicampor seafood, anak anak Kakintan tak berapa selesa, sebab semuanya alergic dengan seafood. Ada juga lauk lauk pengiring tomyam ni semalam, antaranya ikan siakap sweet sour, ulam timun dengan sambal belacan serta ayam goreng. Tapi yang lain tu tak sempat nak ambil gambar dah kelam kabut masa berbuka dah sampai waktunya .... he..he...
Ok sampai disini dulu cerita Kakintan pagi ni. Selamat menjalani ibadah puasa dan selamat berbuka. Salam dan bye bye....

23 Ogos 2010

BIRTHDAY ALONG (KHAIRUL EZME)

Salam dan selamat tengahari semua. Dah ada plan ke nak masak apa petang ni untuk menu berbuka puasa nanti? Kakintan pun masih tercari cari apa lah yang dimasak juga ni. Kalau ikutkan nak je masak yang ringkas ringkas, tapi kesian pulak dengan anak2 yang tak biasa sangat makan stail2 kampong ni. Orang kampong paling best kalau lauk2 yang direbus lepas tu lawan kan pula dengan sambal belacan, ikan goring..dah cukup. He..he...ok lah terpesong pulak dari tajuk asal nya ni.
Sebenarnya hari ni 24 Ogos kan, setiap kali 24 Ogos adalah tarikh yang bersejarah dalam hidup Kakintan... sebab tarikh itulah Kakintan bergelar seorang ibu dalam hidup Kakintan. Pada 26 tahun yang lepas, masa tu hari Jumaat, lepas sahaja muslimin menunaikan solat Jumaat Kakintan sibuk keklinik...masa tu masih lagi bekerja. Ingatkan sakit perut biasa biasa sahaja...maklumlah belum ada pengalaman. Tapi bila sampai keklinik yang jadi panel office husband doktor kata Kakintan dah hampir bersalin. Apa lagi kelam kabut Kakintan dan hubby menuju keHospital Besar KL (masa tu) sekarang HKL....aduhai memang tak bolih lupa peristiwa ni. Dah sampai hospital terus je masok kat tempat bersalin...adalah gaknya dalam sejam kat situ, lepas je azan Asar berkumandang Kakintan pun bersalinlah... Alhamdulillah selamat segalanya.
Apa pun Kakintan nak ucapkan HAPPY BIRTHDAY buat anak sulong Kakintan ni, semoga hidup diberkati Allah dunia dan diakhirat. Satu lagi semoga Along juga mendapat jodoh dikalangan wanita yang solehah... Aminnnn

DESERT YG SEDAP...

Salam dan selamat bertemu kembali dihari ke13 Ramadan ini, selamat menjalankan ibadah berpuasa. Entry kali ini tentang dessert yang Kakintan makan semalam semasa berbuka puasa. He..he...yang ni bukan Kakintan buat tau.. Tapi petang semalam sewaktu balik dari NAGOYA TEXTILE Kakintan pergi terjah lagi ke gerai Anim (PENYU LAWA) diBazar Ramadhan Wangsa Maju ni. Mula mula terjah tak nampak pun siAnim, macan hari tu juga, yang nampak kelibat Hubby nya (BURN) , jadi Kakintan pun terus lah pergi menyusuri kegerai gerai lain cuci mata, tak ada satu pun yang berkenan dan yang menyelerakan.

Memang hajat kesitu hanya satu nak jumpa Anim dan juga nak beli dessert yang Anim jual. Masa berpatah balik baru nampak kelibat Anim, rupanya dia keMasjid berdekatan untuk solat. Huuuu...huuu baru puas hati kan bila dapat jumpa tuan punya gerai. Dah jumpa tak sempat nak snap gambar pun duk sembang yang lebih. Kalau bukan bulan Ramadhan gaknya lagi lama melangut kat gerai Anim ni.... he..he...memikirkan waktu berbuka dah dekat singgah sekejap je. Kakintan beli 3 bekas puding cocktail ni dari dia ...ada lagi puding2 lain yang dia jual..tak apa beli yang ni dulu lain kali bolih terjah lagi ya Anim.
Ok lah..dah panjang celoteh, nak out dah,... nak start prepair apa yang nak dimasak untuk berbuka hari ini. Salam, selamat berbuka puasa dan bye...bye..


MENU HARI SABTU YG LEPAS...

Salam semuanya, selamat berpuasa, dah 2 hari Kakintan tak letak entry baru, baru hari ini sempat buka blog sendiri. Selalu nya duk kat FACEBOOK je.... he..he... Menu hari Sabtu tu menu ringkas 2 sahaja. Murtabak ni bukan nya Kakintan buat tau, tapi main tunjuk tunjuk dek anak bujang Kakintan diBazar Ramadhan berdekatan dengan rumah. Biasa nya diorang ni kalau pergi keBazar Ramadhan tu beli makanan pun kebanyakkan nya yang pedas pedas je..jarang benar yang manis manis ni. Satu lagi selalunya menu yang diorang beli ni yang Kakintan tak pernah buat he..he...

Menu ringkas yang Kakintan masak hari tu ialah nasi ayam sahaja, Malas dah nak fikir apa, jadi buat ajelah nasi ayam ni kan senang. ....kat situ lauk ada, sayur ada pedas ada, nak sup pun dah ada.
Ok lah sekia dulu catatan Kakintan tentang menu dihari Sabtu lepas, apa pun selamat berpuasa dan salam....bye..bye...

21 Ogos 2010

KOLEKSI FM DARI LONDON

Salam... entry kali ini tak termasuk dalam menu berbuka puasa pun, tapi tentang kiriman yang Kakintan terima beberapa minggu yang lepas. Dah agak lama baru Kakintan nak berkongsi disini. Sebenarnya kiriman ini Kakintan terima dari salah seorang rakan blogger yang pergi bercuti ke Eropah baru baru ini...

Tak sangka juga Umie-E ingat dengan Kakintan walau pun dimana dia berada. Terima kasih banyak banyak ya Umie. Walau pun barang barang ni tak la sebesar mana tapi Kakintan tetap menghargai nya.
Selain dari memberikan tanda ingatan pada Kakintan ianya juga merapatkan lagi tali persahabatan kita dialam cyber ini. Apa pun sekali lagi terima kasih banyak2 ya Umie...
Salam dan selamat berpuasa....bye bye...


MENU REPEAT DI10 RAMADHAN...

Salam, semalam kita semua telah pun melepasi 1/3 daripada bulan Ramadhan yang sedang kita lalui, alhamdulillah setakat ini Kakintan sekeluarga tidak menghadapi apa apa masaalah setakat ini. Syukur juga kepada Nya kerana diberikan kesihatan baik dalam mengerjakan salah satu ibadah yang diberkan olih Nya... Apa pun macam biasa lah Kakintan nak berkongsi menu berbuka puasa di10 Ramadhan semalam.. He..he...macam biasa menu menu repeat aje...selain dari memakan buah kurma, Kakintan cuma masak nasi seperti hari hari biasa. Memang pada tahun ini Kakintan dah tanam niat dihati tak nak terlalu membazir, seperti yg sudah sudah memandangkan harga barang barang juga meningkat naik.
Ok lah ini lah dia nya menu Kakintan semalam iaitu nasi putih, ayam masak padprik dan juga ulam timun, serta Kakintan tambah telor masin. Masak biasa biasa sahaja.

Air yang Kakintan sediakan semalam jus orange, biasanya anak anak Kakintan suka minum air kacang soya, tak apa lah sesekali buat jus orange la pula. Kakintan pula suka minum teh o panas2, maklumlah kalau minum air batu dibulan puasa ni badan terasa lesu nanti..


Dalam pada tu Kakintan buat sedikit puding kastad sebagai makanan pencuci mulut, sedap juga ianya dimakan dengan fruit cocktail kalau disejukkan dahulu didalam fridge.

Ok lah sampai disini dulu catatan Kakintan petang ini...jumpa lagi dilain waktu, salam dan selamat menjalani ibadah puasa dibulan Ramadhan....bye.. bye...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...