28 November 2013

LACE UNTUK DIA....

 
Assalamualaikum,
Dah lama mannequin tersadai tak berbaju kat atas side table tu, kesian kan. Minggu lepas Kak Intan carikan lace yang cantek cantek sikit untuk dibuatkan baju untuk nya he...he.. dah siap pun bukan nya payah sangat kedut kedutkan dan balutkan aje kat pinggang nya tu dan tambah sana sikit sini sikit kasi tambah cantek.

Ok la kan, janji tuan punya mannequin ni nanti berpuas hati bila sampai ketangan dia... tak tau la apa yang dia nak gantung nanti sebab mannequin ni bolih gantung aksesori yang kita pakai kat sekeliling nya tu nanti.
Ok Kak Intan undur diri dulu yerrrr...ada masa kita jumpa lagi disini... wassalam.

TEMPAT MAKAN YG KAMI SUKA DENGAN HARGA YG BERPATUTAN.

 Assalamualaikum,
Jumpa lagi pagi ni.... sambil sambil tunggu mesin basuh duk memutar kain kain kat dalam nya tuh, Kak Intan sambung cerita tentang makan makan pula. Kali ni Kak Intan dan suami menjamu selera bersama sepupu suami diFLORA CAFE, AMPWALK , Jalan Ampang, Kuala Lumpur. Memang seronok menjamu selera disini dengan suasana nya yang santai, tempat pula cantek dan tak sibuk macam restoran2 lain yang orang ramai berkunjung tak putus putus. Lebih menyeronokkan bila meja meja makan nya dihias cantek macam didalam gambar dibawah ni.

Mana tidak nya kalau setakat nak meraikan hari lahir orang tersayang , meja yang dihidangkan makanan yang sedap sedap dan dan dihias cantek macam ni mesti ramai yang suka kan nya kan... siap dengan kelopak kelopak bunga rose segar dan juga kuntuman kuntuman bunga rose mesti kita pun tak nak lepaskan peluang. Paling best makanan makanan nya juga bercitarasa kampung antara nya yang selalu Kak Intan order ialah Laksa Johor, Mee Kari, Char Kuew Teow, cucur udang untuk minum petang desert nya pula Puding Sagu gula Melaka dan bermacam macam lagi. 
 
Selalu nya order paling peberet Kak Intan order epal asam boi atau pun sirap bandung selasih yang tak ada diBandung he..he...

Kalau setakat nak makan berdua dalam keadaan romantik romantik macam ni kata pengurus nya bila bila masa pun bolih.... cuma katanya kena bagitahu awal sebab senang diorang buat persiapan . Charge yang dikenakan pun tak la semahal mana, berbanding kalau kita makan dihotel hotel hotel yang ada bintang bintang tu...he...he...
Ni kami posing sana posing sini sambil sambil menunggu makanan sampai petang tu, antara yang kami order, Mee Bandung, Mee Kari, Kuew Teow Bandung, Ubi rebus cicah sambal Tumis, Sotong Kangkung air nya pula, Sirap selasih, epal asam boi dan juga teh ais.. ok sapa sapa nak cuba bolih la juga pergi kesana. memang best , Kak Intan berani rekomen..he..he.. ok Wassalam..jumpa lagi.

MENCARI POKOK POKOK BUNGA DISEPANJANG JALAN KOTA DAMANSARA.

Assalamualaikum,
Memandangkan cuaca sekarang , bermula nya musim hujan Kak Intan dan suami bercadang nak menanam semula pokok pokok bunga yang ada seciput didepan rumah kami, Kak Intan dan suami pun mengajak suami mencari pokok pokok baru disepanjang jalan keKota Damansara. Selalu nya Kak Intan dan suami beli pokok pokok bunga diSungai Buluh berdekatan dengan Hospital Kusta, dimana peniaga peniaga nya pun dulu nya ada pesakit pesakit Kusta. Sekarang ni dah lama kami tak kesana. Seronok juga kalau kenursery diorang tu, selain tu dapat  juga menolong diorang mencari pendapatan dengan jualan pokok pokok bunga mereka.
 Kali ni Kak Intan mula nya ajak suami keKota Damansara, hanya untuk survey, tapi bila tengok pokok pokok bunga diorang tu cantek2 disepanjang jalan tersebut, apa lagi terus ajak suami singgah kesatu kedai, kalau tak salah kedai tersebut terletak di Lot 56, aduiiiiiyaiiiii.... geram nya..tengok pokok pokok yg diorang jual tu berwarni. Subur subur semua nya.


Kalau tak percaya tengok saja gambar gambar ni kan, terutama pokok pokok yang berbunga kecil kecil macam ni...

Apa pun mata Kak Intan lebih tertumpa pada pokok pokok petunia macam ni.

Juga pada pokok pokok lavender versi Malaysia macam ni he...he.... dan akhir nya apa yang Kak Intan rembat ada lah pokok ivy macam ni... tak tahu lah berapa lama bolih bertahan, sebab pokok ivy ni perlukan tempat yang tak berapa panas untuk digantung, harap2 ianya bertahan lama, Kak Intan cuma letak didalam rumah dahulu... mana tahu nanti bertambah subur kan.

Yang sepasu lagi Kak Intan gantung diluar rumah... satu lagi pokok yang selalu kak Intan beli ialah pokok fern (paku pakis) pokok pokok fern ni pada Kak Intan senang nak menjaga nya... tak payah nak dibelai selalu janji disiram selalu. Ok lahhhh, dah panjang cerita pasal pokok pokok ni kan...
Kak Intan berhenti disini dulu, nak sambung kerja kerja didapor sekejap, nanti kita sambung lagi, wassalam.

ASAM PEDAS IKAN SALMON DAN SAYUR CAP CAI.

 Assalamualaikum,
Selamat pagi Jumaat, apa khabar semua? Dah lama sangat tak letak entry entry baru . Rasa macam tak cukup masa akhir akhir ini. Macam macam perkara yang nak diselesaikan sebulan dua ini..apa pun alhamdulillah selesai sudah satu persatu. Tak ada apa cerita yang nak dikongsikan kali ini cuma menu beberapa minggu yang lepas, Kak Intan cuba cuba masak ikan salmon asam pedas.
 Wah...... pertama kali masak ikan salmon macam ni memang sedap selalu nya masak grill sahaja, rupa rupa nya memang sedap, belum cuba belum tahu kan he...he... masak asam pedas macam juga ikan ikan yang lain tu, Kak Intan cuma tambahkan dengan tomato yang kecil2 comel tu. Berselera tengahari tu makan nasi, ditambah lagi dengan telor masin yang direbus...adoyaiiii...

 
Sayur nya pula sayur campur yang ditumis memang berselera lah jawab nya , kalau dah ada sayur, asam pedas ikan, telor masin kena tambah lagi satu menu pembuka selera, apa lagi kalau bukan sambal belacan , betul tak, bukan setakat tambah sepinggan mau bertambah berpinggan2 kalau makan beramai ramai. Ok lah sampai disini cerita menu Kak Intan pagi ni he...he... mana tau ada yang tengah cari idea apa nak masak hari ni, bolih la kepasar cari bahan yang dimasak nanti. Ok nanti kita sambung cerita lain pula wassalam. Jumpa lagi dientry yang lain pula..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...