26 Disember 2011

ZIARAH SHARIFAH ZAIDAH DIPUSRAWI



Assalamualaikum,
Selamat pagi semua buat kawan kawan dan pengunjung pengunjung blog Jariintanku ini. Terima kasih kerana tak jemu jemu sudi singgah disini, apa khabar semua, rasa nya hari ni ramai yang dah mula bertugas kan...



Entry yang Kak Intan muatkan kali ini  dah sebulan lebih berlalu, entry yang tertunda lagi la ni ye... he..he... masa ni Kak Intan dan geng menziarahi Sharifah Zaidah semasa diPusat Rawatan Islam Jalan Tun Razak, Sharifah Zaidah dimasukkan awal kesini kerana masaalah kesihatan nya masa mengandung, rasanya 10 hari diPusat Rawatan Islam ni baru lah Sharifah bersalin, itu pun bukan secara normal tapi secara pembedahan, syukur alhamdulillah akhir nya Sharifah melahirkan seorang baby perempuan, dinamakan Qaseh .... sebelum ni Sharifah dah punya 4 orang anak lelaki.



Kami ni pantang bertemu, ada aja topik yang jadi bahan perbualan, kena pulak kalau dah berkumpul semuan nya...lagi lahhh..tengok la tu entah apa yang dibualkan diRosemalina Che Omar sampai Datin Elly pun terpegun mendengarnya.
 Kalau selalu macam ni memang seronok ha...ha.... lepas tu memang susah nak balik dah, memikirkan kami ni kaum wanita dan juga suriruamh sepenoh masa semuanya, masih banyak tanggung jawab yg perlu diselesaikan dirumah, dah hampir petang juga baru kami semua angkat punggung untuk pulang, sebelum balik...ermmmm posing sana posing sini dulu.


Sebelum tu pada Sharifah yang masih lagi dalam pantang jaga diri baik baik dan juga selamat berpantang, Kak Intan undur diri dulu ya, wassalam.



25 Disember 2011

24 Disember 2011

DISSF LAGI...




SURPRISE YG TAK MENJADI.....


Assalamualaikum,
Sambil sambil bersarapan pagi tu kan, Kak Intan tadi letak entry yang dah tertunda lama sangat ni... berlaku pada 28 November yang lepas di Fullhouse Wangsa Walk , ishhhh....nak cerita pun macam tak best je lagi...tapi tak apa ...nak cerita juga nihhhh...konon2nya nak surprise kat Datin Elly ni, dia punya birthday masa tu, tapi macam tak menjadi je la... he...he..... Sebelum tu Kak Intan dan Kak Wan Mahfuzah memang dah merancang memang nak buat kejutan untuk Datin Elly ni... cadang nya nak balas balik yang dia buat surprise birthday party untuk Kak Intan masa musim raya tempoh hari... tapi tak pe.... apa pun kami seronok dapat bertemu lagi dengan geng geng kami dihari bersejarah DE tu.
Konon nya kami semua buat colection  untuk surprise tersebut sorang sikit, ermmm tak menjadi juga, sekali lagi kami dibagi kejutan , Dato pula yang sponsor kami semua makan makan pada hari tersebut, alhamdulillah rezeki nama nya tu.... apa pun terima kasih banyak banyak pada Dato yang belanja kami semua makan dihari tersebut. Ini lah antara menu menu yang menjadi pilihan kami dihari tersebut, Kak Intan macam biasalah kalau ke Fullhouse mesti Mee Kari Laksa jadi pilihan...- sorry gambar nya tak sempat nak snap he...he..he...


Antara yang datang pada hari tersebut, Doris Jani, Kak Wan Mahfuzah,... tuuuu yg jauh sana tu anak dara kak Wan Mahfuzah...

Ini pun yg turut serta juga dihari tersebut...iaitu Yati Manik dan juga Aida Shaari, diorang semua ni sebenarnya geng geng yang terror dalam hal hal jahit manik...kasi je la kain dengan manik...macam macam design diorang ni bolih buatkan...ermmm..tangan Kak Intan je keras lagi nak menjahit manik manik ni...

Seronok sangat bila dapat jumpa dengan diorang ni, selain dapat tambah kenalan2 baru, dapat juga menambahkan ilmu dalam dunia menjahit manik, walau pun Kak Intan ni belum pandai2 lagi nak memulakan menjahit memang berazam satu hari nanti nak ikut serta dalam kelas2 yg diorang ni anjurkan serata KL ni.

Ni lah dia orang yang kita nak surprise tak berapa nak jadi tu, Datin Elly he..he... anyway...HAPPY BIRTHDAY DATIN ELLY, moga sihat selalu , panjang usia dan juga semoga Allah memberkati hidup Datin serta keluarga dunia dan akhirat.

Sebelum makan kami posing dulu...

Masa ni lah nak surprise Datin...tapi Datin macam dah tahu je tujuan kami berkumpul kat situ...

Sambil makan sambil berborak kenal mengenal dengan lebih dekat lagi.

Sebelum balik ambil gambar beramai ramai dihadapan Fullhouse ni....

Tertarik pulak tengok signboard Full House yang cantek no...ok sampai disini dulu, jumpa lagi dientry seterus nya nanti ya...wassalam.

RIUH RENDAH DIGERAI NASI AMBENG...


Assalamualaikum ,
Selamat pagi dan selamat berhujung minggu, sarapan apa pagi ni ekkk? Kak Intan teringat kan pada satu pagi Ahad 25 November yang lepas bila geng mak dara dari ESDG menyerbu kesatu gerai nasi ambeng di Lorong Keramat 20, Datuk Keramat, gamat suasana pagi pagi tu...he...he..., biasalah kan gerai tu maybe biasanya lengang, tapi kalau dah mak2 dara berkumpul faham faham aje lah... Antara yang datang pagi tu Datin Elly, dan Hani Abdul Rahim, diorang berdua ni memang teruja sangat nak makan nasi ambeng kat situ...
Kak Shida Shukor dan juga anak nya Nabila serta dua orang  cucunya, he...he... Kak Shida dan keluarga nya ni datang paling akhir...kami pun tak sangka dia nak datang... bila kam dah siap siap makan dan sapu punggong nak balik dia pulak sampai he..he.... 

Kak Wan Mahfuzah dan juga Rosemalina Che Omar, ishhhh...cer tengok tu beriya riya diorang ni makan sampai ambil gambar ni pun diorang tak perasan he..he... Rosemalina siap cakap nak simpan tangan yg suap nasi ambeng tu dalam poket, sedap katanya sampai baunya pun melekat kat tangan ...


Inilah rupa nya nasi ambeng yang kami makan pagi tu memang sedap, tapi satu je kurang nya tak ada mee goreng atau pun meehoon goreng yg sepatut nya ada dalam menu nasi ambeng.

Apa pun rasa sangat puas hati sebab dapat juga layan diorang ni kat gerai tu, dengan menu nasi ambeng ni, pada Datin Elly terima kasih kami ucapkan kerana belanja kami sarapan pada pagi yang bertuah tu, jumpa lagi dilain entry, wassalam

23 Disember 2011

RUPA SECANTEK HARGA NYA...



Assalamualaikum,
Dah penat pilih sarung kerusi, jum kita tengok lampu pula, macam macam jenis, tapi yang ni memang menarik perhatian Kak Intan lah... anak anak pun  kata cantek, tapi harganya.... aduyaiiii..macam nak tergeliat juga dibuat nya, apa tak nya design nya cantek, mestilah harga pun ikut cantek juga... tak apa cuci mata ulu kita buat budget, kalau rasa rasa ok, bolih la kita beli he...he... Kak Intan suka dengan bentuk shade nya menyerupai lace.. bila lampu nya dipasangkan bukan main cantek lagi efek nya yg kita nampak.... sesiapa yang berhajat nak cuci mata atau ada juga yang nak cuci poket bolih la layan gambar gambar nya disini.... ok layannnn...














Rupa cantek, warna pun cantek, ermmmm, harga nya haizzzzz... nanti nak budget budget dulu...dah cakap sama taukey kedai...nanti datang lagi ya... Kak Intan tinggal kan gambarnya kat sini la dulu, Wassalam

LEKA DI BUAT NYA... MANA SATU NAK BUAT NI?

Assalamualikum, 
Selamat petang, apa menu untuk petang ni, Kak Intan tak buat apa pun, cuma leka memilih mana satu sarung kerusi ni yang nak dibuat untuk kerusi dirumah sendiri, bila dibelek belek semuanya cantek cantek... tak apa lah layan je lah apa yang Kak Intan layan tadi diblog2 geng2 Minah Salleh ni tadi... jum tengok sama sama...
















Last sekali dah tak tau mana satu yang nak ditiru... Kak Intan simpan kan je dulu gambar gambar ni diJariintan ku...esok esok nak tengok lagi bolih duk rujuk je disini he..he..ok lah sampai jumpa lagi dilain entry, wassalam...

22 Disember 2011

DAPAT JUGA BERTEMU AKHIR NYA....


 Assalamualaikum,
Selamat pagi hari Jumaat, apa khabar hari ni, dah sarapan ke? Sambil sambil sarapan jum tengok gambar kat bawah ni he...he.... kenal tak sapa yang sebelah Kak Intan ni. Kalau yang belum kenal dengan dia ni, ini lah Kak Azah seorang isteri , guru, surirumah dan juga penggemar  mengumpul pinggan mangkuk lama yang tegar. Kemana sahaja Kak Azah pergi mesti pinggan mankuk lama yang akan menjadi perhatian Kak Azah ni.



Kak Intan sebenar nya dapat bertemu Kak Azah ni pada minggu lepas, alahai dah lupa hari apa ekkkk?... maklumlah dah nak masuk senja ni cepat aje lupa nya he...he... kami bertemu sebelah malam disebuah hotel tempat Kak Azah dan anak anak nya menginap semasa berada diKuala Lumpur ni. Memang dah lama sangat nak jumpa dengan Kak Azah ni, setiap kali kak Azah balik kekampong halaman nya diKuala Pilah pasti dia akan singgah diKL ni, yalah Kak Azah ni tinggal dan bekerja diSabah sebenar nya, jadi bila sekolah cuti panjang dia pasti akan balik kekampong halaman nya, apa pun pada Kak Azah terima kasih kerana sudi bertemu dengan kak Intan ya, dan terima kasih juga dapat buah tangan dari Kak Azah. Insyaallah kalau ada rezeki kita jumpa lagi satu hari nanti ye Kak, sampai disini dulu Kak Intan mengundurkan diri . Wassalam.




PERSANDINGAN YANA DAN ZAINAL.



Assalamualaikum, 
Jumpa lagi di Jariintanku pada malam ini, ermmmmm... kisah persandingan Yana dan Zainal kembali lagi, kali ini dibuat diDewan Dr Siti Hasmah , Bangunan PUSPANITA, Kuala Lumpur. Majlis bermula jam 8 malam dengan kehadiran para tetamu yang terdiri dari kawan2 kedua ibu bapa pengantin perempuan, sanak saudara jauh dan dekat juga kehadiran keluarga sebelah pihak pengantin lelaki.

Paling menyeronok kan ibu bapa pengantin perempuan ialah bilamana , kawan kawan yang sama dialam persekolahan turut serta dijemput dimajlis tersebut, ianya juga bagaikan satu majlis REUNION pada malam tu. Ibu dan bapa pengantin berbaju warna choklat didalam majlis pada malam tu...


Antara teman teman dizaman persekolahan mereka yang hadir...


Rata rata kawan kawan mereka dah punya menantu dan bercucu juga...almaklumlah masing masing dah berusia lebih 50han.

Terdapat 3 buah meja yang disediakan khas untuk bekas bekas pelajar SMK Batu, sekolah tempat mereka belajar dulu.

Antara tetamu istimewa malam tu ialah En.M Balakrisnan dan isteri  dari Seberang Prai juga turut hadir .


Majlis persandingan mereka berakhir lebih kurang jam 10.30 malam, hadirin dijamu dengan nasi beriyani dan juga lauk pauk nya serta kuih muih melayu sebagai pencuci mult pada malam tu. Semoga rumah tangga pasangan Yana dan Zainal diberkati Allah dunia dan Akhirat dan semoga mendapat zuriat yang soleh dan solehah...aminnnn,  wassalam.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...