28 Jun 2012

KEMAS2 SEBELUM RAMADHAN SAMPAI...





KOLEKSI MANEQUIN ANTARA YG KECIL DAN YG BESAR...


Assalamualaikum,
 Minggu ni ada 2 lagi jenis manequin yang jadi sebahagian koleksi Kak Intan ... yang atas ni saiz nya kecil sahaja.ketinggian nya lebih kurang sekaki. Cantek kalau  nak sangkut barang2 aksesori untuk orang orang perempuan. Kak Intan pun tak tahu kalau nak beli yang ini dimana bolih dapat sebab yang ini pemberian dari seorang kawan. Kawan Kak Intan ni beli dari luar negara katanya...sebab suami nya pun memang orang luar negara keturunan Mat Salleh.

Yang besar ni pula beli dari Lovely Lace. dalam nya siap ada para lagi... Kata kawan Kak Intan manequin ni bolih hias kat mana mana bilik pun... paling sesuai bilik mandi bolih susun segala barang2 mandian diatas rak nya tu kepada yang berminat...kalau dibilik tidur juga cantek...bolih susun atas meja solek dan dalam rak nya bolih susun perkakas alat solek atau pun aksesori..Ok kalau ada yang minat bolih la belikan... buat hiasan dalam rumah...Ok lah undur diri dulu ya... wassalam...jumpa lagi.

25 Jun 2012

KEMAS2 BILIK ORANG BUJANG DENGAN PURPLE PUTIH PULA...


Assalamualaikum,
Selamat malam semua... tak ada apa nak cerita malam ni cuma kemas kemas bilik orang bujang punya cerita he..he... sebelum datang Ramadhan ni kemas kan awal awal jadi nanti tak payah nak fikir2 lagi apa yang nak dibuat. Itu pun Kak Intan tak la tukar semua, cuma Kak Intan tambah romand blind sahaja pada tingkap bilik diorang ni. Yang lain tu semua nya recycle semula yang lama lama kerana masih elok lagi untuk digunakan Yang perlu bersihkan dan kemaskan sahaja.

Tapi dalam hati tu terfikir juga sarung bantal nya ni akan digantikan dengan yang baru...kalau dapat kain yang selesa dan corak yang berpadanan dengan status bilik orang bujang ni pun dah cukup dah ...

Sarong kusyen ni pula Kak Intan beli dari seorang kawan jenama POTMERION, sebenar nya untuk dibuat napkin dimeja makan tapi Kak Intan jahit jadikan sarung kusyen.

Cantek pulak bila digandingkan dengan sarung bantal yang purple pekat warna nya tu... jadi tak la nampak gelap sangat kan



Sarong kerusi ni sarung yang dah lama..masih belum berganti lagi...memandang kan masih elok dan belum ada cacat cela nya adi Kak Intan sarongkan semula..ok kan?



Floor lamp /standing lamp buat tambah sesak bilik orang bujang he...he....

Sekadar hiasan...sesuai la tu kan untuk orang bujang..

Bunga bunga kecil warna purple ni memang Kak Intan minat sangat, tak apa tambah aje lah atas meja diorang ni buat manis maniskan pemandangan dalam bilik ni he..he... ok Layan dulu pic2 ni 
Sampai jumpa lagi dientry seterus nya...selamat malam Wassalam.

24 Jun 2012

MAJLIS PERKAHWINAN ANAK MIMIE DITAMAN DAHLIA SEPANG...

 Assalamualaikum, 
Selamat bercuti hujung minggu buat semua kawan kawan blogger, apa khabar? Kemana agak nya cuti cuti hujung minggu ini? Kak Intan dan suami serta seorang kawan baru sahaja balik dari Bandar SAlah Tinggi Sepang menghadiri perkahwinan anak seorang rakan blogger juga.
 Kali ini Mimieloma (Blogger SURIRUMAH IT) mengadakan majlis perkahwinan anak lelaki nya yang kedua bertempat dirumah nya diTaman Dahlia, Bandar Salak Tinggi Sepang.
 Kak Intan dan suami pergi bersama dengan July Anna, seorang lagi rakan FB, kami sampai agak awal juga, 12 tengahari dah tiba depan rumah pengantin lelaki. Sampai sana terus aje menikmati hidangan yang disediakan.
  Masa tengah sedap makan Sharifah Noorhudza sampai bersama sama suami dan anak nya Aiza.
  Pasangan pengantin sampai waktu kami sedang menjamu selera. Sedap sedap semuanya termasuk bubur kacang berdurian, laksa, serta kuih muih tradisional Melayu, koleh kacang, lapis cendol, dan juga kuih bakar (Kuih Bombay).

Lepas makan masa nak pulang sempat juga bertemu dengan Anita Marzuki (blogger MAMAKITER) bersama anak perempuan nya. 

Sempat la sembang2 dengan Anita sekejap sebab dah lama juga kami tak jumpa, MAMAKITER (Anita Marzuki) adalah adik ipar kepada Mimieloma 
  Lebih kurang jam 2 petang Kak Intan, suami dan Ju beredar balik semula keKL, ada lagi satu majlis yang patut dihadiri. Ok sampai disini dulu ya...nanti kita sambung ceria lagi Wassalam...

22 Jun 2012

UBAH SANA UBAH SINI...





KANGKUNG TUMIS + TAUCU...


Assalamualaikum, 
Cerita pasal makan lagi, kali ini sayur kangkung pula, dah lama tak masak sayur kangkung ni, sbb tak ramai yang suka sayur kangkung ni. Olih kerana tekak tak begitu selera Kak Intan masak kangkung tauchu ni untuk dimakan bersama bubur nasi. Senag aje nak memasak nya tumis kangkung macam biasa cuma tambahkan speket taucu didalam nya. Nak sedap lagi makan sayur kangkung taucu dengan bubur nasi ni tambahkan pula telor masin fuhhhhh ... memang sedap bolih menambah nambah makan bubur nasi tau.. he..he... ok lah sampai disini dulu ya...nanti kita cerita lagi dientry yang seterusnya. wasalam.



APAM POLKADOT.. JUADAH MINUM PETANG

 Assalamualaikum,
Selamat petang Jumaat , apa khabar semua dah beberapa hari tak letak entry diblog. Sibuk dengan kerja kerja rumah yang tak habis habis. Ini pun entry yang tertunda dah berapa lama Kak Intan pun dah lupa. Sebenar nya ini juadah minum petang semasa kawan kawan suami Kak Intan datang kerumah masa tu.
 Kak Intan cukup suka dengan apam polkadot ni..pertama rasa nya kedua pula rupanya yang memang crak kegemaran Kak Intan selama ini. Ada pelbagai rasa dan juga pelbagai warna, kalau dihidangkan dengan set minuman yang berwarna putih menang tambah berseri dimeja makan tu , betul tak?


 Apa pun waktu Kak Intan hidangkan juadah ni mereka semua nya suka dan teruja dengan apam polka dot ni. Terima kasih banyak2 pada orang yang kreatif mereka cipta juadah ini. Kanak kanak juga suka dengan nya ...bayangkan warna nya menarik minat untuk anak anak makan.Ok sampai disini dulu , wassalam

16 Jun 2012

KANTONIS YEE MEE

 Assalamualaikum, 
Selamat pagi Ahad dan selamat bercuti hujung minggu kepada kawan2 blogger semua. Apa khabar pagi ni?, Harap harap semuanya sihat sihat kan. Dah bersarapan ke? Ini juada Kak Intan bersarapan pepagi semalam, dah tak tahu apa nak makan jadi Kak Intan buat lah Kantonis Yee Mee. Itu pun bahan bahan yang Kak Intan letak asalkan ada aje yang didalam fridge Kak Intan tu, main belasah je Kak Intan masak he...he...
  Yee Mee ni kalau nak makan sedap masa masih panas lagi, kalau dah sejuk memang tak berapa selera nak makan nya. Sebab tu bila terasa nak makan baru masak. Atau pun kalau nak cepat sediakan aje kuah nya dulu , bila terasa nak makan panaskan kuah nya kemudian baru campurkan bahan bahan lain bila terasa nak makan, beserta dengan yee mee tersebut. ok lah jumpa lagi nanti ya... wassalam.

14 Jun 2012

LAYAN AMMAR DAN ZARA MAKAN SUP SAYUR...


Assalamualaikum,
Hari ni dia berdua aje yang datang rumah Kak Intan ..yang lain tu ada hal parent masing masing, jadi Kak Intan  Kak Intan masakkan sup sayur dengan telor untuk diorang makan nasi hari ni. Kalau sup sup memang diorang suka la makan, apa pun sayur sayur kurang sikit, kena buatkan jadi warna warni baru diorang rasa nak makan... tak percaya tengok Zara ni, dia pilih carrot dulu dengan kentang lepas tu baru dia pilih nasi...

Lepas makan sayur dia suka hirup kuah sup nya... susah juga nak tackle bebudak ni makan nasi kan... kena ada cara nya...sesekali dia nak juga makan ikan... atau pun ayam...

Sebelum masuk mulut...belek dulu apa yang nak dimakan nya tuhhh... he...he... seronok tengok gelagat diorang ni...

Dah pandai nak makan sendiri..alhamdulillah.... ikut suka lahhhh...janji dia nak makan nasi tu...

Yang ini Ammar... belasah aje apa yang ada semua dia nak makan...kalau sup lagi lah dia suka... meleleh tu ha he...he...

Comot pun comot lah kan janji kenyang, nanti lepas makan bolih bersihkan, mandi sekali...
  Bila lambat suap kan dia merajuk, tengok la tuuuuu.... comel aje dengan gigi nya yang dah tumbuh atas bawah 4 batang...
Ok layan dulu gambar2 diorang ni...nanti kita cerita2 lagi ekkk... wassalam
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...