27 Februari 2009

AL FATIHAH UNTUK ARWAH MIL, FIL,BIL....,,

Inilah kawasan Tanah Perkuburan Islam Kampong Puah, Gombak...tempat MIL, FIL dan abang ipar disemadikan......




Assalamualaikum.....Kakintan baru teringat tadi .....dalam bulan February ni....dah 4 tahun bonda mertua Kakintan meninggal dunia...sebelum bonda mertua Kakintan meninggal dunia...2 bulan sebelumnya anaknya yang sulong(BIL) juga meninggal dunia. Abang ipar Kakintan ni meninggal setelah 4 tahun terlantar sakit akibat diserang "stroke"....kebetulan BIL Kakintan ni tak pernah lagi berkahwin....jadi segala urusan harianya semasa sakit adik beradik hubby yg uruskan dari segi makan minum dan juga kebersihan dirinya...Hubby Kakintan merupakan anak yang bongsu dalam keluarga dan masih mempunyai 2 orang lagi abang....mereka ni lah yang bergilir gilir menyediakan urusan makan minum serta pakaian setiap hari....sedangkan masa tu juga bonda mertua sudah mula sakit sakit.....biasalah sakit tua....Dicember 2005. BIL meninggal dunia terlebih dahulu sebelum MIL menjejakinya 2 bulan selepas tu...tentang ayahanda mertua pula...Kakintan sememangnya tak penah bersua...ya lah....Kakintan dan hubby bertunang dan berkahwin selepas FIL tu meninggal dunia..jadi Kakintan memang tak pernah kenal dengan nya...hanya mendengar cerita dari keluarga hubby saja tentang ayahanda mertua ini....diberitakan FIL Kakintan meninggal dunia setelah 3 bulan terlantar sakit diHKL..perkuburan mereka bertiga beranak ini terletak tidak jauh antara satu sama lain iaitu di Tanah Perkuburan Islam Kampong Puah, Setapak...selalu nya Kakintan dan hubby akan kesitu 2 bulan sekali untuk membersihkan nya..sekarang ni kawasan tu dah tak nampak seperti kawasan perkuburan...sebalik nya kelihatan seperti sebuah taman kerana dipenuhi dengan pokok bunga ke' embung....
apa-apa pun alfatihah untuk arwah bertiga...semoga roh mereka dicucuri rahmat..amin...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...