22 Mac 2009

BERSARAPAN PAGI DIHUTAN BANDAR JB....

Ini lah ibu saudara Kakintan yang datang dari Singapura..dan inilah satu sebab kenapa Kakintan beriya iya untuk Ke Johor Bharu, disebelahnya pula menantu beliau yang tinggal di Taman Damansara Aliff, berdekatan dengan Plaza Angsana Johor Bharu. Dah lama benar tak berjumpa dengan Mak Uteh (panggilan Kakintan untuk ibu saudara ni) rindu betul dengan nya. Mak Uteh pun dah nampak terlalu uzur....alhamdulillah bersua juga kita akhirnya setelah lama tertangguh tangguh.....


Yang ni pulak Ezzat..tak jemu jemu dengan mee rebus....sampaikan sarapan pagi pun order mee rebus...tapi yang ni bukan nya mee rebus Haji Wahid...yang ni mee rebus resepi Hutan Bandar..
minuman nya pulak teh ais.




yang ni pulak hubby kakintan punya breakfast, yang ni hari hari makan daging kambing pun tak pe....tak tau jemu juga...pagi semalam hubby kakintan breakfast sup tulang kambing dengan nasi impit...minum pulak kopi radik..


yang sepinggan ni Kakintan punya....lontong asli tau..tapi lupa nak order pergedil...apa apa pun memang sedap...minuman nya teh tarik ....


Sewaktu nak bersarapan pagi semalam sepupu Kakintan mengajak Kakintan sekeluarga untuk bersarapan disebuah tempat bernama Hutan Bandar....tak jauh dari pusat bandar Johor Bharu...tempat nya bagaikan dalam sebuah hutan tapi meriah..kat situ bermacam macam makanan yang ada..semuanya sedap sedap belaka....insyaallah sekiranya Kakintan keJB lagi inilah tempat yang pasti menjadi tumpuan sewaktu bersarapan atau pun makan malam....

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...