11 Mac 2009

KENDURI TAHLIL DAN DOA SELAMAT......

Kueh mueh untuk sarapan pagi....


Ulam ulaman dan sambal belacan/sambal tempoyak...


Daging masak kari + kentang dan ikan gelama masin.


Ayam goreng berempah dan sayur taugeh/carrot/udang.



Ayam goreng berempah.


Sayur taugeh + carrot+ udang+ kacang panjang.

Sempena cuti hujung minggu beberapa minggu yang lepas....selepas berbincang dengan ahli ahli keluarga adik beradik En.Hubby mengambil kata sepakat untuk mengadakan kenduri tahlil dan bacaan yassin dirumah arwah MIL...diKampong Chubadak, Sentul. ....untuk itu kami juga telah sepakat menyediakan sedikit makanan untuk makan tengah hari ..selain makan nasi kami juga menyediakan sedikit makanan untuk sarapan pagi....masing masing membawa serba sedikit juadah dari rumah masing masing....jom kita tengok apa yang kami sajikan untuk menjamu selera tengah hari tu....dek kerana ahli keluarga yang ramai...kami menyediakan makanan secara buffet.....semua yang datang adalah ahli keluarga En Hubby..ipar duai , sepupu sepupu dan juga anak anak serta cucu masing masing....tiada orang luar yang terlibat.....memang seronok sesekali berkumpul beramai ramai macam ni....layannnnnnnnn....

1 ulasan:

  1. Kak intan, mak saya dolu pun membesar kat kg chubadak tue... kg chubadak kawasan B... hehhe... sempat gak ler masa sek rendah saya main banjir kat situu... hehhe...

    BalasPadam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...