29 Mac 2009

"MAK CIK KANTIN KAT VI SPORTS DAY"


Ezzat sedang bersiap dengan uniform
untuk membuat persembahan......


Apalah yang dipandang dek Puan Fauziah
dan Puan Mariam ni....


En Hubby juga turun padang...membantu makcik
kantin berniaga minuman panas..kopi/nescafe...


Tuan rumah menyiapkan bahan2 untuk bungkusan
nasi lemak...


Makcik2 kantin dari kiri Puan Mariam, tuan rumah
Puan Fauziah...sedang membungkus nasi lemak...



Pada 28hb March,2009 yang lepas sekolah Ezzat mengadakan hari sukan...seperti biasa kami sebagai ibubapa pelajar pelajar yang menganggotai Brassband (VICCB) membuat aktiviti untuk mencari dana bagi mengisi tabung mereka...Acara ini diadakan setiap tahun....seronok juga bila dapat berkumpul begini sekali sekala sambil berniaga..Hari tu kami menjual nasi lemak, meehon goring Singapore, tuna sandwich, minuman dalam tin, minuman panas kopi, nescafe dan juga air soya...Selain dari tu kami juga menjual t-shirt yang telah siap dicetak dengan logo logo brassband sekolah....Alhamdullillah kebetulan cuaca hari tu juga sungguh baik, panas hingga ke petang....Jadi minuman la biasanya nya yang menjadi tumpuan lebih....kami selesai berniaga seawal jam 2.30 petang...kerana acara itu juga berakhir pada jam 1.30 tengah hari.....

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...