25 Ogos 2009

MENU BERBUKA PUASA DIHARI KE 4, DAN BIRTHDAY ALONG.....

Sudah pun masok hari ke 4 kita berpuasa hari ini ya...rasa sekejap je....untuk hari ke 4 ni Kakintan masak nasi ayam untuk hidangan berbuka puasa........kuih muih Kakintan tak masak, biasanya Kakintan beli aje diPasar Ramadhan disekitar rumah Kakintan ini....kalau buat nanti ada yang suka dan ada yang tak suka..jadi lebih baik beli ikut selera masing masing.....kalau beli pun tak la banyak... setakat sejenis kuih tu $1.oo sahaja...kalau dah 5 orang dalam rumah ni tak ke 5 jenis kuih...ermmmm biasanya Kakintan tak lah beli tiap tiap hari...tengok pada selera juga lah....

Selain masak nasi ayam Kakintan juga masak dadih perisa jagung ni sebagai pencuci mulut..lagi pun cuaca yang panas dalam 2/3 hari ni sedap kalau dapat makan makanan seperti dadih ni terutama selepas disejukkan didalam peti ais....wah laju je masuk ketekak kan...penyediaan nya pun mudah cuma camporkan gula dan air sahaja......didihkan kemudian angkat dan kita sejukkan..dah siap....

Semalam 24 Ogos 2008, merupakan Hari Lahir anak Kakintan yang sulong.....tiap tiap tahun dalam bulan Ogos memang meriah bagi keluarga Kakintan....lepas ni adiknya pulak yang akan menyambut hari jadi.....
Pada Along (Khairul Ezme)....sempena harilahir yang ke25 tahun ini ...mak dan ayah mendoakan semoga dipanjang kan umur, dimurahkan rezeki dan sihat sentiasa dan juga semoga segala cita cita Along akan tercapai sebagaimana yang diidam idamkan.

2 ulasan:

  1. Salam kak Intan...dah besar panjang anak bujang akak kan....Watie juga turut mendoakan semoga Along...panjang umur murah rezeki & menjadi anak yang soleh...Amin!

    BalasPadam
  2. k.intan...happy belated birthday utk si Along. bukan main control macho lg dia berposing...next yr dah nak jd milik org tu ya!
    nasi ayam tu nampak sedap jer...

    BalasPadam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...