09 September 2009

BERBUKA PUASA DI MEWAH RESTORANT FLAMINGGO HOTEL....

Semalam 09.09.2009 Kakintan sekeluarga dijemput kemajlis berbuka puasa dan juga menyambut hari lahir salah seorang kawan Kakintan...Elyza..yang ke45 tahun...majlis ini merupakan hadiah hari lahir dari suaminya yang tersayang En,Syed....anyway Kakintan nak ucapkan HAPPY BIRTHDAY TO YOU,,,,semoga murah rezeki, sihat tubuh badan dan berbahagia disamping orang orang yang Elyza sayangi......
Kakintan dan En.Hubby selepas majlis berbuka puasa, sambil makan makan kami didendangkan dengan lagu lagu raya.....sebenarnya Kakintan rasa kurang selesa bila dengar lagu lagu raya ni.....mula lah airmata tu bergenang aje......

Kelihatan Elyza melayan rakan rakan sekerja nya di GMI, serta rakan rakan niaga suaminya dimajlis tersebut...Elyza yang berpakaian baju hijau tu.......
Antara hidangan yang disediakan kuih mueh, buah buahan ABC.......

Ada juga nasi yang berlauk kan rendang ayam, udang goreng berkari , sayur kacang panjang tumis, terung masak sambal dan macam macam lagi lauk pauknya.....selain itu ada juga satay dan kambing yang dipanggang....

Ini adalah desert pilihan Kakintan sekeluarga......semuanya sedap sedap belaka....

Didalam piring ini adalah pilihan Kakintan.....


Makan empat jenis kuih muih ini je dah cukup mengenyangkan Kakintan , diminumkan pula bersama air air yang berbagai, seperti air tebu, air sirap bandung soda, teh tarik , air jagung dan juga jus kurma.....Ermmmmmmm....selesai saje majlis berbuka masing masing menunaikan tanggung jawab disurau yang disediakan.....alhamdulillah selesai sudah majlis tersebut Kakintan sekeluarga pulang kerumah dengan kekenyangan....semoga majlis ini akan menambahkan lagi rezeki Elyza suami isteri.....Aminnnnnnnnnn...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...