21 September 2009

SALAM AIDILFITRI BUAT SEMUA.......

SALAM AIDILFITRI BUAT SEMUA PENGUNJUNG BLOG JARIINTANKU.BLOGSPOT.COM diruang ini juga Kakintan mohon ribuan ampun dan maaf sekiranya ada kata kata yang Kakintan luahkan disini menyinggung perasaan anda semua tanpa Kakintan sedari.

Rasanya hari ini dah masuk hari kedua hari raya....rasa begitu cepat masa berlalu...rasa macam tak puas lagi menunaikan ibadah puasa dibulan Ramadhan....Syawal menjelma pula..apa apa pun Kakintan bersyukur sebab dapat menjalani nya dalam keadaan sempurna. Bercerita tentang sambutan Aidilfitri pada tahun ini Kakintan menyambutnya dengan cara sederhana seperti biasa sebagaimana yang lepas lepas. Kakintan sekeluarga pulang kekampong pada malam hari Jumaat....Kami sekeluarga bertolak dari KL ke Teluk Intan seawal jam 12.00tengah malam hari Jumaat tu. Itu pun perjalanan yang kami lalui mengikut jalan lama tak melalui highway pun..sebab sebelum tu dah dapat info mengatakan jalan agak sesak menuju keutara..jadi En.Hubby pun ambil jalan mudah katanya kita tak payah masuk highway....satu lagi mungkin juga save...tak payah bayar tol....he....he.....Kakintan dan family sampai kekampong lebih kurang jam 3.30 pagi...memang target sampai dekat dekat waktu bersahur pun....bukan nya apa....tak nak susah susah kan mak Kakintan mengejutkan dia tak tentu hala.....bimbang nanti penyakit BP nya tu almaklumlah........Tiap tiap tahun sejak ketiadaan arwah ayah Kakintan dan family akan pulang kekampong sehari lebih awal sebelum hari raya....sebab nak berpuasa sehari dan bersahur sekali dalam sebulan Ramadhan tu dengan emak dan adik dikampong.

Bercerita tentang persiapan menyambut Syawal, Kakintan dan En.Hubby sama sama menolong emak menyiapkan ketupat segera dan juga rendang ayam pada hari Sabtu tu. Kami tak banyak menyediakan menu...sebab adik, kakak, abang masing masing membawa menu berbeza kerumah emak pada hari raya tu.....cukuplah sekadar itu sahaja....jadi bila dah berkumpul semuanya disatu Syawal tu penoh juga meja kat dapor rumah mak Kakintan tu...alhamdulillah.

Dipagi Syawal pulak En.Hubby dan anak anak serta adik Kakintan pergi solat sunat Hari Raya Aidilfitri....Kakintan dan emak tak ikut...sibuk menyiapkan juadah yang ada buat tetamu yang datang terutama adik beradik Kakintan sendiri dan juga anak anak buah.

Selesai solat sunat hari raya.....makan makan bersama dengan semua ahli keluarga adik beradik Kakintan bersalam salaman dan bermaaf maafan....ada juga ibu/bapa saudara yang datang berhari raya kerumah mak Kakintan ni.....sebaik je mereka pulang giliran Kakintan dan family pula untuk keluar ziarah saudara mara yang ada...

Mulanya nya Kakintan dan sefamily menuju kepusara arwah ayah Kakintan dahulu....selesai sahaja ziarah kubur arwah ayah kami menuju kepekan Langkap.....ada sepupu hubby yang dah lama tak ditemui disitu...kami baru sahaja mendapat tahu tentang kisah ini....macam ada jejak kasih la pulak..he..he.....terima kasih Kak Nab dan Abang Haslam kerana sudi terima kedatangan kami sekeluarga....

Hari ini dah hari kedua hari raya.....kami sekeluarga berangkat pulang semula keKL....sebelum baalik kami sekeluarga berhari raya dirumah abang Kakintan, ibu saudara/bapa saudara dan juga abang angkat Kakintan diTapah Perak....dari Tapah Kakintan sefamily terus pulang keKL semula.....kami sampai diKL seawal jam 6 petang...alhamdulillah syukur perjalanan kami selamat sampai kedestinasi yang dituju....amin...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...