MAJLIS PERKAHWINAN SHAZEILA DAN AHMAD MOHAR DIKAMPONG PENGANTIN.
Majlis ni diadakan pada hari Sabtu 10 Oktober yang lepas. ianya adalah perkahwinan anak kepada boss En.Hubby sewaktu En Hubby bertugas dengan MARA dulu....apa yang membuatkan Kakintan teruja untuk pergi ialah ...ianya diadakan diKAMPONG PENGANTIN...memang Kakintan dah lama untuk menghadirkan diri sekiranya ada majlis dilakukan disini sebab dengar dari kawan kawan tempat ni cukup strategik untuk mengadakan majlis perkahwinan. Jadi pada hari tersebut hasrat Kakintan pun tercapai...sambil sambil tu bolih juga survey untuk majlis perkahwinan anak Kakintan nanti kan....
Pengantin sedang mengabadikan kenangan bersama sahabat handai mereka. Pelamin nya nampak selesa dan luas.
Majlis itu juga diselangselikan dengan persembahan muzik pengiring...lagu yang dimainkan memang sedap sedap belaka. Ada juga diselitkan dengan tarian tarian melayu olih kanak kanak tapi Kakintan tak sempat nak ambil gambar .
Suasana disini juga nampak santai dan selesa, kebetulan masa Kakintan sampai disini jam dah 2 petang jadi tetamu ramai yang dah pulang. Tetapi masih lagi ramai tetamu waktu itu....mungkin sebelum nya mereka juga menghadiri majlis dilain lain tempat. Apa apa pun Kakintan suka dengan suasana dan tempat ini....kepada pengantin baru Shaziela dan pasangan semoga berbahagia hingga akhir hayat....Amin...
Setelah balik dari majlis perkahwinan tadi Kakintan dan suami terus terjah keKampong Padang Balang Gombak...mungkin ada yang dah tahu kan....Kakintan dan En.Hubby kerumah Ina KL. Kakintan tak ada buat apa apa temujanji pun dengan dia....Kakintan terus terjah aje dengan En.Hubby...rupa rupanya dia pun baru sahaja sampai kerumahnya ...diorang juga sekeluarga menghadiri majlis kenduri kahwin dan juga "open house"...wah dia mesti penat ni...agak nya nak relax relax kan badan..tapi Kakintan pulak yg datang terjah..tak apa Ina ekkkkk nama pun raya.....he...he....
Ina hidangkan Kakintan meehoon bandung...sedap Ina meehoon tu ....tak apa keras sikit...yalah dah kena terjah mana sempat nak prepair bagus bagus kan....he...he.....
Gambar gambar ni Kakintan ambil dari blog Ina KL juga sebab masa ni kamera Kakintan baterinya dah kong.....tak apa Ina kan......o.k ......layan lah gambar gambar ni dulu ye....
bagus gak ada kg pengantin ni!! senang nak buat kerja kawin utk org2 yg rumahnya x cukup luas!!
BalasPadammmm baru ist time dengar ni ... mesti best tempat tu ... n mesti ada siap package tu nanti :-?
BalasPadam