Disatu sudut restoren ini juga ada disediakan untuk persembahan live band, tapi sewaktu Kakintan berkunjung kesitu tidak ada persembahan pun ...mungkin pada malam malam tertentu sahaja ianya diadakan, atau pun diatas permintaan pengunjung yang buat "booking" terlebih dahulu.....itu tak pasti la pula...sebab Kakintan terlupa nak bertanya pada diorang.
Inilah antara suasana yang memeriahkan restoran, ianya dipasang banyak lampu lampu berkerlipan.
Kat satu lorong.....juga banyak lampu lampu dipasang....suasana nampak romantik....
Sebelum tu posing lah dulu kan.....
Berposing dibahagian hadapan pintu masuk....
Rasa macam nyaman juga udara disini....mungkin sebab ianya dilindungi olih banyak pokok pokok agaknya......budak ni pun happy semacam je....he..he...
Yang ini juga berhadapan dengan ruang depan pintu masuk.....cantekkan suasana nya dan luas...
Kakintan juga suka tengok lampu lampu ni......
Kakintan juga suka tengok lampu lampu ni......
Sambil menunggu hidangan yang dipesan disediakan .......
Minuman dihidangkan terlebih dahulu......
Sebenarnya kami sekeluarga kesitu kerana meraikan hari jadi En.Hubby Kakintan yang ke 51 tahun hari tu....iaitu pada 1hb, Oktober yang baru lepas. Diam tak diam dah sebulan berlalukan.....
Kenapa la pulak ni.....he..he...main pandang pandang je......
Inilah makanan yang kami pesan......makanan Thailand...yang mesti adalah salah satunya TOMYAM SEAFOOD...
Dan pesan telur bungkus...tapi ada juga nak yang telur dadar kosong sahaja.....
Tiada ulasan:
Catat Ulasan