19 Disember 2009

KUEH LAPIS KOKO / MUFFIN CHOKLAT CHIPS


Salam semua dan selamat berhujung minggu.....dah dua tiga hari Kakintan tak letak N3 disini....sebenarnya dalam waktu tu Kakintan agak sibuk sikit dengan hal hal keluarga...pagi pagi minggu ni rasanya adalah sikit waktu senggang untuk Kakintan berkongsi menu menu yang Kakintan buat dalam dua tiga hari yang lepas...antaranya menu kueh lapis koko...seperti biasa Kakintan ambil resepi ni dari dapur Kak Haneiliza yang terkenal dengan pelbagai masakkan nya tu.
Bahan bahan nya:-( Bahan A)
2 cawan tepong gandum
2 sudu besar tepong beras
2 sudu besar tepong kastad
3/4 cawan gula pasir
4 cawan santan pekat
1 sudu kecil garam

1/2 cawan jagung dimesin bersama
1/2 cawan air

1 sudu besar serbok koko dibancuh dan ditapis dengan
1/2 cawan air suam.

Cara caranya..
Campurkan semua bahan bahan A dan gaulkan hingga sebati.
Bahagikan kepada 2 bahagian. Satu bahagian camporkan dengan jagung dan sebahagian lagi dengan koko.
Panaskan pengukus dan sapukan loyang dengan sedikit minyak. Masukkan adunan tadi berselang sei sehingga habis.Setiap lapisan dikukus selama lebih
kurang 5 minit.Bila masak sejukkan terlebih dahulu barulah dipotong.

Yang ini pula muffin choklat chip....dah selalu buat...muffin ni Kakintan buat untuk buat buah tangan kesekolah anak Kakintan. Masa tu kami buat makan makan sambil melihat mereka mengadakan latihan untuk KLWMBC yang baru sahaja selesai malam tadi.

O.k resepi resepi nya akan Kakintan letak kan kemudian sebab Kakintan nak keluar sekejap...ermmmmm nak breakfast untuk pagi ni dulu ya....ok salammm..

7 ulasan:

  1. KakIntan!!! nak tryyyy! hehex...sedap nampak! ;)

    BalasPadam
  2. sedapnye nampak..... mintak sket leh ke kak? ihihih...

    BalasPadam
  3. salam Maria...dua ketul pun bolih..he..he...

    BalasPadam
  4. Salam Ham..seloyang?..tak ade..tinggal banyak tu je lagi..yg lain dah simpan dalam Indah Water..hik hik...

    BalasPadam
  5. salam Noorsha...nak sikit?...bolih2x

    BalasPadam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...