28 Januari 2009

DESSERT UNTUK MUSIM PANAS.

Petang tadi teringin pulak nak makan
puding kastard resepi dari CMG....apalagi sebelum kerja2 bermula...check dulu bahan2 yang ada....nampaknya cukup kesemuanya...apalagi start lah buat kerja....bukan susah sangat pun...janji rajin....kat sini gambar lama Kakintan keluarkan untuk tayangan umum...sebenarnya dah berapa kali Kakintan mempraktikan resepi CMG ni...terima kasih ya CMG kerana berkongsi resepi.....

PERTEMUAN PERTAMA RAKAN2 DARI MY RESEPI.

Kakintan nak kongsi kisah pertama kali berjumpa dengan rakan2 dari MyResepi...masa tu Hari Raya Aidilfitri 2008...Orang yang pertama Kakintan jumpa ialah Bee...Bee datang kerumah Kakintan berhariraya dengan anak2nya...rasa terharu betul Kakintan dengan pertemuan ini..Kakintan betul2 tak menyangka sebab selama ini kami hanya berbual2 melalui Forum myResepi je....tapi petang tu kami berbual secara berdepan dan bertemu muka antara satu sama lain...selang beberapa minit pula Ieza pula datang bersama2 salah seorang anaknya dan juga hubby tersayang....Ieza pula sanggup datang dari jauh semata2 untuk bertemu dengan Kakintan....Ieza sebelum tu berkunjung kerumah ibu saudaranya diPuchong ....apa2 pun Kakintan cukuplah rasa bertuah dgn pertemuan kedua2nya itu....semoga persahabatan kita terus berkekalan
walau pun ianya dialam maya..he...he..he...dan semoga kita akan bertemu lagi dilain waktu .

HANI AMIRA BERPINDAH KEAMPANG.


Hani Amira ni salah sorang anak yang Kak Intan asuh juga...tapi sekarang Mira (panggilan manja nya) telah berpindah rumah, semasa Amira KakIntan asuh dia sekeluarga tinggal menyewa di Gombak... cukup bulan ni Hani Amira akan berpindah kerumah baru mereka di Ampang...Mira ni salah seorang budak yang amat keletah...baru mula nak pandai
bertutur sepatah sepatah...dan juga merupakan anak sulong dalam keluarga.Lepas ni nampaknya Kakintan akan terbayang bayang selalu kenakalan dan raut wajah Mira ni... apa2 pun Mira tetap menjadi kenangan Kakintan sekeluarga....

CUCUR UDANG.


Dah lama tak makan kuih cucur udang, sesekali teringin juga tekak ni nak makan yang pedas pedas....sebenarnya kalau diikutkan Kakintan tak bolih makan udang...tapi dah teringin sangat belasah je lah..
Jom kita makan .....

27 Januari 2009

BIRTHDAY BOY.NUQMAN SHAKIR



Salah seorang anak yang kakintan jaga menyambut birthday yang ke6 pada hari sabtu yang lepas....kesian dia...kakintan langsung tak ingat tarikh harijadinya tu...masa majlis sambutan itu diadakan kebetulan kak intan pun tak ada dirumah...biasa lah hari Sabtu dan Ahad kan...majlis nya diadakan pulak pada sebelah petang...sampai je dirumah dia bawakan Kakintan dua potong kek, sambil tu Nuqman cakap kat Kakintan..Acik intannnnnnnnn...hari ni kan birthday saya....alahai sedih je bunyi nya..Nuqman ni sebenarnya berjiran dengan Kakintan dan Kakintan pernah mengasuhnya seumur 10 bulan...
sampailah umurnya dalam lebih kurang 2 tahun lebih. Bila dah besar sikit dia dijaga pula olih neneknya..tapi sampai sekarang masih keluar masuk rumah Kakintan macam rumah sendiri.

24 Januari 2009

MAKAN LAGI.........

Emm............memang sedap Mee Jawa ni....

Hari ni cuaca panas terik lagi nampaknya......tekak pun masih lagi kurang berselera... Kakintan ambil keputusan tak nak makan nasi ...... tapi masak Mee Jawa.....agak lama juga dah tak
makan Mee Jawa....kebetulan masa ke Mydin Subang Jaya minggu lepas Kakintan ada membeli
sebungkus paste Mee Jawa....keluaran JT Sinaran dari kilangnya diBukit Gambir, Muar, Johor.
Tuan punya kilang tersebut adalah salah seorang office mate masa kakintan masih bekerja dulu.....Seringkali juga bila berbual melalui handphone kawan Kakintan menyarankan supaya mencuba paste resepi nya itu...nampaknya baru sekarang dapat merasakanya....emmmmm
memang sedap....

23 Januari 2009

BUBOR JAGUNG.......





Dah masok 2 minggu cuaca agak panas terik.....nak makan pun kurang selera.Kebetulan Isnin lepas hubby keMYDIN Subang Jaya....ada expo kat situ. Hubby memang peminat bubor jagung.. jadi bila dia nampak ada jualan jagung madu kat situ dibelinya 2 bungkus...setiap bungkus ada 5 tongkol....makaiiiiiiiiii banyak nya......kakintan ambil sebungkus terus buat bubor...dah masak nanti kita masukkan dalam peti sejuk. Bila dah sejuk nanti fulamakkkkkkkkkkkkk....sedap je menghirup, masuk keanak tekak sejuk je.....nak cuba buat jom kakintan bagi resepinya:
-
BUBOR JAGONG 5 tongkol jagung -dihiris nipis dan direbus sekejap 1 cawan gula pasir 2cawan pati santan sedikit gula kabong 3 helai daun pandan secubit garam 3 sudu sagu biji - rendam dengan air terlebih dahulu. Caranya:- 1. Rebus jagung dengan air dan campurkan sedikit garam lebih kurang 20 minit. 2. Bila dah menggelegak masukkan santan , gula pasir. gula kabung dan juga daun pandan . 3. Masakan sampai menggelegak kemudian barulah dibubuh sagu biji yang telah direndam tadi...kacau sampai sagu masak dan biarkan dalam 5 minit baru lah ditutup api.. 4. Kalau nak sedap lagi sebelum makan masukan dalam peti ais , sejukkan. 2.

22 Januari 2009

MENJADI "BABY SITTER" UNTUK MENAMBAH PENDAPATAN.

Nurafikah & Nurnazirah adalah anak2 yang terawal Kak Intan jage, bermula hujung tahun 80-an hinggalah sekarang

Assalamualaikum........dah 2..3..hari Kakintan tak mengupdate kan ruangan ini. Rasanya hari ni Kakintan ada sedikit masa untuk menambah lagi catatan disini. Sebenarnya Kakintan nak cerita sikit tentang anak yang Kakintan asuh dan jaga selama ini....dah hampir 20 tahun Kakintan menambah pendapatan keluarga dengan menjadi baby sitter. Kakintan menjaga anak2 ini selepas Kakintan berhenti kerja sekitar tahun 80an lagi. Masa tu jiran Kakintan bekerja satu pejabat dengan suami , dialah yang jadi pembuka jalan untuk Kakintan menjadi seorang pengasuh kanak2 dirumah...sekarang anak2nya (kesemuanya ada 5 orang) semuanya sudah besar2 belaka. Sesekali ada juga diorang ni datang kerumah Kakintan.....pada Kakintan diorang ni dah macam anak2 sendiri...walaupun kadang2 nampak malu2 dengan Kakintan dan anak2...maklumlah mereka semuanya sudah menjadi anak2 dara kesemuanya...sedangkan anak Kakintan kesemuanya lelaki...
oh ya...lupa pulak Kakintan sekarang ni kami tidak lagi berjiran, kerana mereka telah pun berpindah kerumah sendiri di Taman Melawati....masa berjiran dulu diorang dudok menyewa kat situ dan buat masa sekarang Kakintan tidak lagi mengasuh mereka ni sebab diorang dah pandai menguruskan diri sendiri begitu juga dengan adik2 mereka yang 3 orang tu kerana semuanya sudah bersekolah....dan besar2 belaka....paling kecil adik berusia 9 tahun...

20 Januari 2009

MENYAMBUNG TUGAS SEMALAM YG TERBENGKALAI




Nak sambung kerja2 yg terbengkalai semalam......mana yg dah dibasuh tu nak digosok pula baru disarungkan semula setakat ini sarung kerusi je yg baru disarongkan......itu bukan nya yang baru..tapi yg lama....lepas ni nak gosok curtain pulak...dah tu lapik meja...sarung kusyen isshhhh
banyaknya tugas hari ni......

AKTIVITI SEHARIAN KAKINTAN......



Aktiviti mencuci dan menukar semula curtain, sarung kusyen dan cadar memakan masa sehari suntuk biasanya....tapi memang seronok sebab dalam keadaan cuaca yang panas terik kain2 yang dijemur tidak mengambil masa yang lama untuk kering.....sebaliknya mengambil masa dalam setengah jam untuk kain2 yang nipis kering semula.....kerja2 harian macam ni memang memenatkan bagi sesetengah orang tapi bagi tapi bagi kakintan pula ia satu yang menyeronokkan pula, sebab semuanya nampak bersih kembali dan berbau wangi dek campuran bahan pelembut dan pewangi semasa mencucinya. Apa yang memenatkan hanya lah waktu menggosok kain2 tersebut sebelum digunakan semula....tapi hati tetap merasakan kepuasan nya.......

19 Januari 2009

AKTIVITI SEHARIAN KAKINTAN......


Yang digunakan sekarang....nak dibasuh
Assalamualaikum kepada yang bertandang keblog Kakintan ni....terima kasih Kakintan ucapkan...
kerana sudi melawat blog yang masih baru lagi ni ...banyak lagi yang Kakintan kena belajar tentang
IT....tahu2 je la kan Kakintan ni memang buta IT. Tapi dek kerana semangat yang membara untuk belajar lebih banyak lagi Kakintan usaha kan juga. Nampaknya cuaca agak panas sekarang ni, nak keluar rumah pun rasa macam malas je.....tapi kalau cuaca panas begini aktiviti yang paling bagus adalah mencuci kain...tak kiralah apa kain pun...selalunya waktu2 beginilah Kakintan ambil
kesempatan untuk menukar langsir, cadar, sarung bantal, kusyen, apa saje yang terfikir untuk dicuci....hari ni projek tukar langsir..dah nampak lebam sangat dah, macam tu juga dengan kain kusyen...lps tu guna balik yang lama.

16 Januari 2009

PICNIC DI KG KEMENSAH




Pada 4hb January yang lepas(ahad) kami mengadakan satu perkelahan di sungai Kg Kemensah , terletak dibelakang Zoo Negara. Tempat ni sememang nya ramai pengunjung terutama bila cuaca panas dihujung hujung minggu. Lagi pun inilah tempat yg paling dekat dengan Kuala Lumpur untuk dikunjungi. Perkelahan ini dirancang olih anak saudara En.Hubby (kak Long) dengan anak Kakintan sendiri (Ewan). Sebelum kami pergi kesana....tiga hari sebelum tu Kak Long dan Ewan telah meninjau kawasan yang sesuai untuk kami dan keluarga masing2 melepak dan menempatkan barang2 makanan dan minuman yang dibawa. Akhirnya sebuah chalet telah kami sewa dengan harga RM50. kedudukkan chalet tersebut berada betul2 atas air sungai Sg Kemensah, memang sangat2 lah sesuai untuk menyalin pakaian dan juga menjamu selera. Ada juga kemudahan lain yang disediakan olih pihak pengurusan seperti air paip, toilet dan tempat untuk memasak (memanggang) BBQ. Kami berkumpul disitu seawal jam 10 pagi. Perjalanan dari rumah masing2 mengambil masa tidak sampai setengah jam. Sampai je kesitu anak2 saudara semua berebut2 untuk terjun kesungai...masing2 tak sabar2 untuk berendam. Bukan setakat anak2 saje yang tak sabar berendam ibu bapa pun sama macam anak2 mereka. Ha....ha..ha..memang menyeronokan..

Mana yang mandi...mandilah...kami yang kaum ibu dan bapa membuat penyediaan makanan.
Macam2 makanan yang dibawa dari rumah, Kakintan menyediakan nasi putih, muffin choclat chips dan air, yang lain2 tu ada yang membawa meehoon goreng, nasi lemak, roti, bubor kacang,buah tembikai, sayur yg siap dimasak. Selain dari tu kami juga masak BBQ ayam dan kambing yang diperap sendiri dirumah malam sebelum tu....memang enjoy habis...

JEJAK KASIH.

SIL dan sepupu nya yang baru di ketemukan.

Pertemuan dua buah keluarga yang besar.

Sempena menyambut kedatangan tahun baru Maal Hijrah 1430, ada berita gembira menyelubungi keluarga sebelah pihak En.Hubby....pertaupan keluarga yg telah lama terpisah dalam tempoh lebih kurang 30 tahun lebih telah kembali mesra. Ada kisah pertelingkahan antara kedua-dua orang tua mereka sebelum ini....yang mana orang tua kedua2 belah pihak telah pun kembali kerahmatullah. Atas dasar persaudaraan dan juga tali siratulrahim dalam sebuah pertemuan yg tak disangka2 sewaktu En.Hubby sedang bertugas di Sungai Buloh.... dengan salah seorang dari kalangan keluarga mereka....persengketaan ibubapa mereka terlerai.

Suatu pertemuan yang lain telah diatur olih En.Hubby beserta dengan adik beradik nya yang lain dan seluruh keluarga2 mereka untuk berkunjung kerumah sepupunya diKampong Paya Jaras, Selangor.Kami mengambil keputusan untuk membawa makanan (potluck) masing2
dari rumah. Kebetulan waktu yg En.Hubby tentukan untuk sampai kesana adalah dalam jam 11 pagi...Sebanyak 6 buah kereta penoh sarat dengan anak, menantu, cucu, sebelah En.Hubby ikut sama, rombongan kami tu seramai lebih kurang 32 orang semuanya.

Sampai sahaja diKampong Paya Jaras, kami disambut olih sepupu2nya yang dah sedia ada
menunggu kedatangan kami dengan adik beradik dan juga keluarga masing2.....suasana sedih menyelubungi apabila SIL (kakak kepada En.Hubby) ber jabat salam dengan salah seorang
daripada kalangan sepupu mereka ini...sambil berpelukan dan menangis....
setelah semuanya berjabat salam dengan dan memperkenalkan diri dan keluarga masing2
kami dijemput untuk masuk kedalam rumah. Potluck masing2 pun dihulurkan. Kebetulan kami juga tak bersarapan pagi lagi. Sebelum menjamah makanan yang dihidangkan kami telah mengadakan bacaan doa selamat dan sedikit tahalil untuk arwah2 kedua ibu bapa kami
semoga roh mereka dirahmati dan ditempatkan bersama2 orang2 yang solleh..Amin..

Lebih kurang pukul 1.30 kami semua berangkat pulang. Ada sedikit buah tangan yang dibekalkan. Semoga tali persaudaraan ini berkekalan hingga keakhir hayat. Buang yang keruh ambil yang jernih.

TENTANG KEHIDUPAN DAN KELUARGA....


Assalamualaikum....kepada pengunjung blog kakintan, sebenarnya tak ada apa-apa kisah menarik yg ingin kakintan paparkan diblog ini....hanyalah serba sedikit tentang keluarga dan juga aktiviti harian saje yg ingin kakintan kongsikan bersama. Almaklumlah kakintan bukan lah seorang penulis yang berbakat.....tapi hanya lah seorang surirumah sepenoh masa...biasalah sambil-sambil
menjalankan tanggongjawab sebagai surirumah kakintan juga ada kerja-kerja sampingan yg kakintan lakukan untuk menambah aktiviti seharian dirumah.....

Bercerita tentang keluarga...kakintan mempunyai 3 anak....semuanya hero....dan semuanya
sudah bujang2 belaka....jadi sekarang ni masa tu agak banyak terluang....untuk mengisi masa yang
terluang kakintan mengisi masa tersebut dengan mengasuh anak-anak jiran yg berdekatan dengan
rumah kakintan...sambil-sambil tu juga mengambil tempahan menjahit langsir....ianya juga adalah salah satu minat kakintan....Kakintan rasa seronok dan puas apabila hasilkerja kakintan nampak
mencantikkan lagi rumah seseorang....buat permulaan itu lah serba sedikit tentang Kakintan dan juga keluarga...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...