05 Januari 2010

AKTIVITI MALAM MINGGU LEPAS...

Salam semua dan selamat tengahari....Dah lunch ke?...sambil sambil memasak ni Kakintan duk mengadap pc ni sekejap. Jummmm..tengok aktiviti Kakintan dan family malam minggu lepas.
Kakintan dan family ke Pusat Bowling Wangsa Walk, macam biasa beriadah sesekali seisi keluarga. Malam tu punya lah penuh , kebanyakkan nya datang dengan family masing masing...seronok memang seronok dengan aktiviti ni. Kakintan pun dah mula seronok dengan permainan bowling ni...tapi tak la pandai sangat...setakat nak tumbangkan separuh pin tu bolih la....he...he...
Tapi kan.....Kakintan ngeri dengan budak ni....hari tu tangan nya tu baru lagi lepas mengalami keretakkan pergelangan tangan nya tu....tapi malam tu bukan main lagi dia menghayun bola bowling tu.....macam tak ada apa apa aje...
Abang dia pulak yang bising bising takut jadi apa apa lagi kat tangan si Ezzat ni...hari tu masa nak competition KLWMBC pun ...macam tu juga tangan dia tu bersimen lebih kurang 4 hari je...lepas tu dia buka sendiri dan join dalam competition tersebut.Bersemangat sangat dia..tapi macam mana pun setiap hari dia diberikan pil kalsium dan juga minum susu. Alhamdulillah...rasanya tak ada apa apa pun....sebab dia pun tak bising bising mengadu sakit ke apa ke....

4 ulasan:

  1. Salam kak..seronoknya main bowling..haap tgn ezzat tak apa2 laa pas main bowling tu..berani orgnya ek kak..hehe

    BalasPadam
  2. salam Hasue...seronok..dah macam ketagih la pulak sekarang ni...Ezzat?..alhamdulillah tak pulak apa2 dia rasa...

    BalasPadam
  3. Salam Kak Intan..Saya pun dah lama tak main bowling...Kat iOi mall puchong bolanya dah tak cantik, xde mood nak main...

    BalasPadam
  4. Sue.@ Nenei..meh datang ke Wangsa Walk ni kita join sesama he..he...

    BalasPadam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...