Salam dan apa khabar semuanya.....dah 2 hari rasanya Kakintan tak meletakkan N3 baru disini...he..he...agak sibuk sikit Kakintan dalam 2 hari ni. Bukan sibuk apa pun...sibuk dengan aktiviti seharian je...Ini kisah pada hari Sabtu yang lepas...Kakintan dengan geng geng ke Plaza Mutiara diJalan Ipoh, K.Lumpur.....nak tau buat apa?..Jummm..kita tengok ni...
Ha.....ni lah dia nya bertempat diMutiara Bowl, Kakintan and the geng join satu perlawanan bowling, dalam perlawanan ni semuanya diwakili olih kaum wanita. Kalau ada yang datang pun orang lelaki nya adalah dikalangan kaum keluarga kami sendiri.
Sebelum perlawanan dimulakan ...diadakan sessi taklimat tentang perlawanan..Pasukan yang bertanding terdiri dari 20 pasukan. Kesemuanya adalah wanita wanita sekitar Wilayah Persekutuan KL..Setiap pasukan pula terdiri dari 4 orang. Kesemuanya adalah lebih kurang 80 orang lah yg bertanding.
Masing masing tengah serius dengar taklimat...dan masa ni menunggu giliran untuk mendapatkan kasut masing masing dari kaunter..
Lepas tu pula diadakan sessi memanaskan badan...antaranya poco poco...Kakintan tak ikut sessi ni...hanya duduk dibangku jadi pemerhati..
Antara hadiah yang dipertandingkan
Berbaju merah ni adalah antara peserta yang menang...Geng Kakintan setakat memenangi hadiah sagu hati je..ok la tu kan....he...he....apa apa pun tahniah buat mereka....apa nama geng diorang ni pun Kakintan dah lupa..diorang dari Bandar Tun Razak Cheras. Kuala Lumpur.
Ira,...salah seorang dari group Kakintan, Ira ni walaupun anaknya dah 5 tapi aktiv betul dia...tak cukup dengan tu dia jadi student out kampus di UM...bagus bagus...Kakintan bangga dapat kawan yang macam ni ....oh Ya nama Group kami ialah " BABE GLAMOUR"..he...he...sebab ada "baby" sorang dalam kumpulan Kakintan tu....apa apa je la kan...
Yang ini kesemuanya kami dari group yang sama...yang berdiri berbaju putih tu la baby kami Mira nama nya anak kepada Maria yang berdiri kat sebelah dia tu....yang bertudung pink tu Kak Ramlah dan yang kat belakang tu anak kepada Kak Ramlah ...Ayu namanya...Ok la setakat ini dulu ya yang dapat Kakintan ceritakan buat kali ini....salam semuanya ya...byeeeeeeeeee.
wah... bestnya dapat kunmpul2 dgn aktiviti yg sihat camtyu...
BalasPadam* kumpulan kak intan dapat banyak hadiah ke tu ;)
salam Umie....he...he...detakat dapat hadiah cenderahati je....dengan doorgift...
BalasPadamwahhh.. enjoy gak ekk...
BalasPadamamboi2 kak intan. meriah sungguh. ni yang jeles ni. lama dah tak main bowling.
BalasPadamsalam diarihatiku...memang enjoy release tension sebenarnya tu
BalasPadamsalam comey belako...jum kita main sesama..he..he..ketagih dah ni nak naling bola
BalasPadam