16 Februari 2010

MANDI MANDI , MAKAN MAKAN DISUNGAI KG KEMENSAH LAGI....


Salam semuanya, pada petang hari ni Kakintan serta keluarga menghabiskan masa santai dengan berkelah diSungai Kampong Kemensah..yang terletak jauh dibelakang Zoo Negara Kuala Lumpur. Sememang nya inilah tempat yang paling dekat untuk kami sekeluarga berkelah dikawasan Kuala Lumpur ini....kebetulan cuaca juga agak panas sejak kebelakangan ini.


Kali ini kami kesini tidak menyewa chalet yang disediakan disitu, sebab kami kesana sudah agak petang, jadi memadai kami menggunakan kerusi serta meja yang tersedia disitu. Kalau datang dari pagi seronok juga dapat menyewa chalet2 yang ada...bolih juga tidor baring didalam nya....kalau nak tukar kain baju tandas tandas serta tempat tempat mandi air paip juga ada disediakan.



Anak anak kalau dah sampai kesini selain dari aktiviti mandi mandi, inilah dia aktiviti seterusnya kalau disini..he...he...ada tali yang disediakan untuk bergayut ala tarzan lepas tu terus terjun dalam air...


Hari ini tempat ni agak ramai pengunjung, masing masing datang bersama sama keluarga siap dengan bekalan makanan dan minuman ...ada juga kelihatan yang membuat family day disini...siap dengan catering...meriah nampaknya...tak kurang juga Kakintan dan family membawa sedikit bekalan makanan dan minuman kesana...


Sambil sambil tu ada juga aktiviti masak memasak apa yang perlu....rasa enjoy sesekali macam ni....yang ni Kakintan panas kan kari daging, yang dimakan bersama sama dengan nasi putih, sayur, serta ada lauk lauk lain lagi


Tak cukup dengan nasi Kakintan juga masakkan untuk diorang kentang goreng serta makanan makanan segera yang lain hot dog dan sebagainya.....kopi panas juga disediakan sebaik diorang kesejukkan dari berendam dalam sungai tersebut...he....he.....balik je dari sana perut pun dah kenyang, tak payah susah susah nak fikir pasal makan lagi....



Ada yang bertanya Kakintan bagaimana caranya untuk datang kesini...Tempat ini terletak dibelakang ZOO NEGARA KUALA LUMPUR. Ikut je jalan yang sebelah Zoo Negara tu terus sampai kedalam....mulanya akan berjumpa Kg Kemensah, terus je masok kedalam sampai jumpa kolam memancing disebelah kiri...ikut lorong sebelah kolam memancing tersebut sampai kedalam lagi hingga kehujung jalan ...disana nanti anda semua akan berjumpa dengan banyak chalet2 seperti yang Kakintan tayang kat sini ,,,tapi bentuknya tak la semuanya sama...berlainan bentuk..ok...selamat bercuti...







10 ulasan:

  1. wah.. ada chalet kat tepi sungai tu? jauh ke dari kl. boleh bagi kakpah alamat dan direction? hehe... nak gak pegi berendam ni..

    BalasPadam
  2. Terimakasih. saya ni duduk disini dah tersangatlah lama tapi tak tau tempat ni.terimakasih kerana maklumat berguna ni....bye

    BalasPadam
  3. salam kak intan

    wah bestnya aktiviti mandi manda ni..mesti budak2 tu seronok kan

    BalasPadam
  4. Salam Intan...

    kakcik kalau masuk ke kawasan Kemensah tu, cuma suka tengok rumah2@banglo2 mewah kat situ.. :)

    BalasPadam
  5. Salam Kak Pah..kakintan dah sertakan kat bawah sekali tu...insyaallah rasa nya Kakpah bolih faham kalau nak kesitu...pergi la KakPah musim2 panas ni mms best

    BalasPadam
  6. salam mamaju...oh ye ke...he...he...

    BalasPadam
  7. salam Fida@amida..yup...anak anak la yang paling seronok kalau berendam ni

    BalasPadam
  8. salam Kakchik seroja..kakintan pun sama..he..he...jamu mata kan

    BalasPadam
  9. wah!!..g berendam kt situ ke kak? kami selalu g kolam pancing tu...kolam pancing baik punye cilok tuh..dpt la baung ke..keli..somi saya kaki pancing..selalu gak ikut memancing..heee so far xpenah sewa chalet kt situ..mahal x kak?

    BalasPadam
  10. salam mina....uwahhhhhhhhh...best tu dapat suami kaki pancingggg..ooo kolam tu ya...tau la...kadang kami kesitu saja je je nak cuci2 kereta sambil main air tau....chalet nya satu hari kami sewa $30/= je mina

    BalasPadam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...