07 Februari 2010

NASI GORING CINA / KEPAK AYAM ...

Salam semuanya....dah hari Isnin hari ni....seperti biasa hidangan kali ini hanyalah nasi goreng China bersama kepak ayam yang juga digoreng. Hari ni Kakintan macam tak ada "mood" je nak masak....mungkin penat semalam tak habis lagi. Cuti hujung minggu semalam Kakintan dan En.Hubby menghabiskan masa menziarah adik beradik yang ada disekitar K Lumpur ni, iaitu adik beradik sebelah En. Hubby yang tinggal diSelayang, Gombak dan Sentul. Dari pagi seawal jam 7.30 pagi kami keluar rumah terus ke sekolah Ezzat dulu menghantarnya kesana kerana mengadakan latihan brassband, kemudian bersarapan diSetiawangsa kemudian kami berdua terus kerumah abang2 dan kakak2 ipar Kakintan.

Kami balik dari menziarah dah jam 4.30 petang, kemudian 5.30 petang kami keluar semula kepasaraya....membeli bahan bahan yang perlu disediakan untuk makan malam. Biasanya kami makan diluar je kalau dihujung hujung minggu macam ni...tapi malam semalam walau pun penat "terajin " pulak nak masak..he..he...ok..layan dulu gambar nasi goreng yg tak seberapanya tu...salamm

6 ulasan:

  1. Sedapnya nasi goreng dan kepak ayam tuh! Simple yet delicious.

    BalasPadam
  2. sebbaik dah kenyang, kalau x nak minta sepinggan

    BalasPadam
  3. Kak Intan taruk la resipi2 sekali kalau rajin, macam MAt Gebu..bleh gak try2..:)

    BalasPadam
  4. SITEDI.....he...he...simpan perut dulu kasi kosong..lps tu datang sini balik ya...

    BalasPadam
  5. Salam Amy..resepi Kakintan tu main campak campak je apa yang patut...he..he....

    BalasPadam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...