12 Februari 2010

TUKAR BAJU BARU...

Salam semua....hari ni ramai yang dah pergi bercuti, dikawasan perumahan Kakintan agak sunyi juga...kawasan parking kereta dihadapan dan dibelakang rumah juga ketara nampaknya banyak yang kosong. Selalu nya kawasan kawasan parking kereta nampak sendat....kepada yang bercuti Kakintan nak ucapkan selamat bercuti dan semoga selamat sepanjang perjalanan pergi dan balik...keluarga Kakintan mungkin seawal pagi esok memulakan perjalanan, hari ni mesti jalan raya penuh sesak terutamanya highway menuju utara atau selatan, sudah lah begitu diikuti dengan cuaca yang panas terik pula...
Sambil sambil tu untuk mengisi masa lapang semalam, Kakintan pun buat lah aktiviti mengemas rumah di sebelah petang , sebenarnya ini aktiviti tertunda...bercampor dengan virus malas, apa apa pun ianya kena disiapkan juga...he.he....mengalah kan orang nak sambut CNY pulaknya kan.....terendak lampu kat meja makan Kakintan ni dah beberapa kali Kakintan tukarkan bajunya....Nak buang sayang sebab framenya tu dibuat dari kayu, yang selalu menjadi masaalah ialah nak mencucinya...tahu tahu je lah kalau tak cuci mula lah dia nampak lebam...senang cerita Kakintan tukarkan je baju nya tu 4/5 bulan sekali...nak buat pun senang je..
Rasanya ini dah kali ke3 Kakintan tukarkan bajunya ini....Kakintan guna kain yang murah murah je..lepas tu letak la manik manik yang berjuntai juntai tu sebagai ending nya..ok la tu kan....
Masa mula mula beli dulu terendaknya berwarna seperti ini...polos sahaja...manik manik yang berjuntaian tu pun Kakintan tambah kemudian...sebab Kakintan suka tengok bentuk nya tu....kebetulan masa tu dia jual offer diKamdar...jadi berbaloi sangat lah membelinya..ok sekian dulu catatan Kakintan buat kali ini...salammm dan selamat bercuti dihujung minggu...
bye....bye.....

10 ulasan:

  1. salam kakintan.

    tu ramai jiran takde kota dtg bercuti ke Kelantan la tu hehe sebab bandar KB sejak hari Khamis dah padat.

    kakintan nak bercuti ke mana? selamat bercuti sambil bergembira dgn keluarga ya. semoga selamat pergi dan balik.

    cantiklah hasil kerjatangan kakintan.

    BalasPadam
  2. Wow, awesome work! Wish u a safe journey ye kak. Love tak gi mana2 pun, hubby not around. :(

    BalasPadam
  3. salam Kak Chik ..oh ye ke...KL dah mula sunyi dan tenang dah ni,,Terima kasih kakchik kerja tangan sambil sambil megisi masa lapang ni...

    BalasPadam
  4. salam sonata anak kancil..terima kasihhh..

    BalasPadam
  5. hi LOVE...terima kasih LOVE..hajat dihati nak cari tempat2 sejuk keCH...tengoklah macam mana nanti kan ..takut kat atas CH tu pulak yang jam nya nanti...

    BalasPadam
  6. Betul tu Kakchik. Nak parking kereta pun takda space dah...masuk aje market,masyaallah...dari manalah depa nie datang...baghu teringat,cuti CNY dah bermula... kami di tanah merah pun bersesak-sesak gak...Hehe...

    BalasPadam
  7. salam kakteh ya ke sampai macam tu sekali..KL sekarang tenang je...kakintan pun baru balik dari Giant / Care4 orang pun tak ramai..best tak bersesak2 sangat macam biasa...

    BalasPadam
  8. Lawa la baju baru tu..n cantek la..

    BalasPadam
  9. salam Azmiezas...terima kasih kata macam tu he..he..

    BalasPadam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...