24 Mac 2010

AGAR AGAR LAICI KOKTAIL....

Salam semuanya kepada yang berkunjung kesini hari ini...menu yang ingin Kakintan kongsikan kali ini ialah agar agar laici koktail...resepi yang dibuat sendiri, main buboh sahaja mengikut citarasa sendiri.
Bahan bahan yang digunakan..
agar agar serbuk
1 tin buah buahan koktail
air
gula
perisa laici


Caranya nya...
Masakkan serbuk agar agar bersama air mengikut sukatan yang diperlukan. Campurkan perisa laici dan sedikit susu pekat serta gula. Masak sehingga hancur. Campurkan juga sirap dari buah buahan koktail tadi sehingga mendidih. Basahkan acuan yang digunakan dan masukkan campuran buah buahan koktail tadi, tuangkan agar agar yang dimasak tadi , sejukkan. Ok...dah sejuk dan keras bolih la makan...sedap makan dimusim musim panas ni kan..ok...salam sekian dulu buat kali ini....bye...bye...






4 ulasan:

  1. Salam Kak Intan ....nak 4 ketoi yang betoi2 sejuk punya tau!!!

    BalasPadam
  2. salam kak intan ,

    ni tengah panas , kering tekak lak , hantaq ler satu bekas kesini. terlioq plak dah.

    BalasPadam
  3. salam Watie...bolih apa salahnya..tunggu lama sikit ya

    BalasPadam
  4. salam Ummi Humaira...oyyy ye ke..ok

    BalasPadam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...