20 Mac 2010

BERTEMU GENG FACEBOOK, ......



Salam semua pengujung pengunjung blog Kakintan ini, apa khabar semua? Selamat berhujung minggu pada anda semua dan mana yang bertugas pada hari ini, selamat menjalankan tugas tugas anda semua. Kepada yang bercuti lagi selamat bercuti. Semalam Kakintan masih lagi memenuhi jemputan kahwin beberapa orang anak anak rakan kenalan sekitar Kuala Lumpur ini. Antaranya Kakintan kemajlis perkahwinan Norzila & Nazrin diPusat Komuniti Taman Ibukota, Gombak. Dimajlis tersebut Kakintan bertemu kawan kawan dari "geng Face book" iaitu Kak Sapiah dan juga Teh Saadiah. Kedua pengantin tersebut bertugas di Dubai...alhamdulillah majlis berlansung sederhana tapi meriah. Makanan yang disediakan juga sedap sedap, tapi Kakintan kurang layan nasi beriani nya, sebaliknya Kakintan ambil rojak, cendul, goreng pisang dan juga goreng keledek.

Inilah dia geng dari Facebook iaitu Teh Saadiah dari Bukit Indah Ampang dan juga Kak Sapiah dari Setapak juga. Lepas sahaja kami makan makan dimajlis tersebut, kami sepakat untuk kePWTC untuk melihat Pesta Buku disitu. Kami pergi satu kereta sahaja...memandangkan kesulitan untuk meletak kereta dikawasan itu, tentunya pengunjung nya ramai masaalah parking kereta akan berlaku.Disitu mulanya kami kegerai Karangkraf, apa lagi yang dicari kalau bukan buku buku yang berunsurkan kraftangan, masakkan dan juga novel novel. Kakintan sendiri suka dengan buku buku kraftangan seperti crosstich, decoupage, seni menjahit manik manik dan juga pelbagai jenis masakkan.

Teh Saadiah ni sibuk dengan buku buku masakkan, seperti kek dan juga kuih muih memandang kan Teh kini baru memulakan perniagaan dalam kuih muih basah dan juga cupcake. Lepas satu rak kesatu rak kami pergi....Kak Sapiah ni pula berminat dengan membaca novel novel...lepas satu ,satu novel yang dibeleknya akhir nya novel karya Norzailina Nordin yang menjadi pilihan. Dapat juga bertemu dengan Puan Norzailina ni sambil tu dapat juga tandatangan darinya dari pembelian buku2 novel yang ditulisnya.
Teh (berbaju choklat ) dan Kak Sapiah..... belek jangan tak belek he..he.. memang leka kami bertiga dibuatnya. Itu baru gerai Karangkraf sahaja belum lagi kegerai gerai lain.
Antara buku buku yang menjadi perhatian Kakintan dan kawan kawan. Lama juga kami disitu, sampai hampir jam 7 petang baru kami bertolak pulang kerumah masing masing.Itu pun hati masih belum puas, kerana masih banyak lagi gerai gerai yang belum kami lawati. Ok lah setakat ini dulu yang dapat Kakintan cerita kan tentang aktiviti Kakintan pada hari Sabtu semalam...salam dan bye.....bye....

5 ulasan:

  1. salam sharinginfoz..terima kasih singgah sini....ya...memang rezeki dapat jumpa diorang tu

    BalasPadam
  2. SiTedi..tuanpunya blog yang pakai baju hitam putih/tudung hitam tu belek2 buku..

    BalasPadam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...