Salam semuanya...N3 yang nak diletakkan kali ini tentang ole ole yang baru Kakintan dapat dari Langkawi lagi. Sebenarnya minggu sudah En.Hubby keLangkawi kerana urusan pekerjaan. Kalau keLangkawi apa lagi buah tangan yang semestinya dibeli kalau bukan choklat. Bermacam macam choklat yang dibelinya sementelah pula kat rumah ni ramai budak budak. Raya sakan la nampaknya diorang dengan choklat ni... Set sudu/garfu ni pula memang Kakintan berkehendakkan nya, dah bagi tahu kat Hubby, kalau beli mesti yang ada bunga ala ala roses...he...he... nasib baik ini lah yang dibelikan nya...alhamdulillah syukur... Set bekas sudu ni sebenarnya Kakintan dah ada 2 pasang , tapi Hubby beli lagi. Tak apa lah Kakintan kata nak simpan untuk dibuat hadiah perkahwinan. Nasib la kan... dalam waktu terdekat ni kalau sesiapa hulur kad jemputan kahwin, Kakintan nak hadiahkan nya, sejak akhir akhir ni Kakintan lebih selesa membelikan hadiah untuk dibawa kesesebuah jemputan majlis perkahwinan, selalunya tempat yang Kakintan tuju ialah diRomantika. Kat situ barang barang nya pun cantek dan harga juga berpatutan. Kotak nya pun bercorak yang cantek cantek juga. Tak payah susah susah untuk membeli pembalut hadiah lagi kan...cuma letak reben atau pun kad sahaja... Ok lah sekian dulu coretan dari Kakintan buat kali ini...salammm and bye..bye...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan