01 April 2010

AWARD LAGI....

Salam semua nya.... dah breakfast ke?...mungkin awal pagi lagikan ramai yang masih belum bersarapan... Kakintan juga masih belum bersarapan lagi. Selalunya awal awal pagi begini, selesai sahaja melakukan tugas tugas yang sepatutnya Kakintan akan mengadap pc ni dulu. Perkara pertama yang Kakintan cari adalah berita dari surat khabar.... pagi ni agak mengejutkan juga bila Kakintan baca berita tentang pemergian DJ Radio DIN BERAMBOI....setelah sakit beberapa hari yang lepas...takziah Kakintan ucapkan kepada ahli keluarga beliau dan alfatihah jua buat arwah. Selalu nya Kakintan ada masa nya tumpang ketawa bila mendengar celoteh celoteh beliau bersama Aznil diRadio Era. Kini semuanya sudah berlalu dan yang tinggal hanya kenangan....

Dalam pada itu, bila buka pula blog sendiri terpandang pula satu mesej di SM box, suroh Kakintan datang mengambil AWARD dari blognya... award ini Kakintan terima daripada En.Kerull (http://qasehsufi.blogspot.com/)...wahhh best nya dapat cincin berlian tu yang diikat bersama emas putih...anugerah yang mahal.... terima kasih banyak banyak pada En. Kerull. Kakintan rasa terharu dan seronok sangat sebab dapat penghargaan yang sebegini daripada rakan rakan blogger dialam cyber ini. Semoga ianya mengeratkan lagi tali persahabatan sesama kita. Ok ...sekian dulu catatan Kakintan pagi Jumaat yang mulia ini..salammm dan bye...bye....

1 ulasan:

  1. salam k.intan..lama attie x merempit kt umah k.intan nie..hikhik.sht kak?cantik cincin brlian tuh..klu real...lgggg best!!

    BalasPadam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...