30 Mei 2010

IKAN DURI MASAK LADA + TERUNG....

Salam pengunjung pengunjung blog semua, terima kasih kerana sudi singgah diblog Kakintan ini..N3 kali ini adalah menu minggu sudah, masakkan kegemaran seisi keluarga, masak asam pedas Melaka atau pun masak lada. Kenapa ianya menjadi kegemaran sebab asam pedas ni ada rasa rempah, asam , manis, pedas dan juga bau nya yang wangi. Silap silap hirup macam tu pun sedap juga tapi kalau nak hirup kuah nya kasi cair sikit lagi lahhh .... yang ni kuah nya agak pekat...
Resepi?..ok Kakintan letak kan kat sini ya....
Bahan bahan yg digunakan..
Ikan duri/ikan pari/ikan sembilang
Bawang merah
Bawang Putih
Kunyit hidup
Halia
Buah keras..kesemua bahan bahan ini dicamporkan dan diblender hingga halus.
Jintan manis
Halba
Lada hitam
Cili kering- kesemua bahan bahan ini digoring tanpa minyak dan dikisar
Serai dititik
Kerisik
Terong panjang atau bulat.

Cara caranya:-
Bersih kan ikan, masukkan minyak dalam periuk dan panaskan. Tumiskan bahan bahan yang diblender tadi hingga garing dan naik baunya. Campurkan bahan bahan yg dikisar tadi dan kacau hingga sebati. Tambah air dan sedikit air asam jawa.Masukkan ikan, garam dan serai yang telah dititik tadi.Masukkan juga kerisek yang telah diblender. Biarkan dia mereneh dalam api yg agak sederhana sehingga betul betul masak...akhir nya masokkan terung yang telah dibelah dan dipotong kalau suka.... kalau tak suka tak payah la ditambah. Kakintan biasanya akan camporkan sedikit gula kedalam nya bagi menggantikan serbok perasa. Rasa dulu sebelum diangkat sekiranya ada yg kurang bolih lah ditambah dengan garam lagi atau air asam jawa secukupnya.

5 ulasan:

  1. sedapnya kak intan......isykk ikan duri memang kegemaran saya..

    BalasPadam
  2. Sukatan setiap bhn byk mana terutama rempah ratus tu.
    Masakan ni mmg x masuk daun kesom ek

    BalasPadam
  3. Sukatan setiap bhn byk mana terutama rempah ratus tu.
    Masakan ni mmg x masuk daun kesom ek

    BalasPadam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...