31 Mei 2010

KERABU AYAM.

Salam dan selamat pagi hari Selasa. Uwaaahhhh....cerah dan bersinar cuaca pepagi ni... harap harap hidup kita semua juga begini kan. Semalam Kakintan pergi la jenjalan melawat BLOG kengkawan.... paling suka singgah kat blog Kak Hanieliza .... sape yang tak kenal dengan Kak Hanieliza kan.... kat Malaysia ni kiranya Kak Hanieliza salah seorang dari Chef chef yang tersohor juga lah. Selain menyukai menu menu yang Kak Hanieliza paparkan, Kakintan juga menyukai dengan perwatakkan nya.... orang nya ikhlas dan low profile...
Kebetulan dalam sehari dua ni Kakintan pun kurang selera makan, jadi bila terbaca sahaja menu Kerabu Ayam diblog nya semalam, tiba tiba sahaja selera nak makan tu datang. Apa tidaknya belum makan lagi, dah terbayang kesedapan kerabu ayam yang Kak Liza paparkan... apa lagi bahan bahan nya pun memang dah ada dalam stok peti ais Kakintan tu, jadi senang lah kerja Kakintan kan, cepat cepat mencubanya...maka terhasil la seperti dalam gambar diatas...

Bahan bahan nya:-

Ayam yang dipanggang, dicarik carik halus
Limau kasturi-di perah airnya
Bawang besar dipotong potong
Cili merah- Kakintan gantikan dengan cili api sbb nak pedas
Tomato ceri- dibelah dua
Daun salery dimayang ..tapi Kakintan tak letak
Garam, gula.

Cara nya:-

Masukkan bahan bahan yang dipotong2 tadi bersama sama ayam yang telah dicarik kedalam sebuah mangkok, gaulkan letak garam dan gula serta perahan limau kasturi, siap untuk dihidangkan... Best kalau makan dengan nasi panas panas ni tau.....Salam dan bye...bye...

2 ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...