20 Julai 2010

HUJUNG MINGGU DI PUTRA JAYA...

Salam dan selamat petang ...bersua lagi kita kali ini bercerita tentang Kakintan dan family menghabiskan masa hujung minggu diPutraJaya Ahad lepas. Seronok juga menjamu mata dengan pelbagai jenis bunga yang ada.
Tapi rasanya ...kali ini bunga bunga yang dipamerkan tak sehebat yang lepas lepas. Yang banyak cumalah pokok pokok orkid.

Ada juga pokok poko lain tapi sekadar untuk dipamerkan sahaja. Hajat dihati tu kalau ada jenis jenis pokok paku tu ingin juga membelinya sepasu dua...
Tapi tak pe lah...dapat layan mata dengan pokok ati ati yang beraneka warna ni pun seronok juga. Pokok ati ati ni memang senang ditanam dan cepat membiaknya.

Sebahagian daripada pokok pokok bunga yang menghiasi bahu jalan...warna warni dan memeriahkan suasana
Pokok orkid yang dipamerkan
Selain dari itu pokok bonsai juga dipamerkan...entah berapa puluh tahun agaknya umur bonsai ni....Ok lahhh layan dulu ya gambar gambar yg Kakintan sempat snap ini ya....salam dan bye .....bye....

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...