26 Julai 2010

IKAN MASAK TAUCHU...

Salam...dah lama blog Kakintan tak letak entry baru kan... he..he... ada la kerja kerja yang buat Kakintan busy sikit..ok lah hari ni pasal makan makan lagi... Menu Kakintan kali ini ikan masak tauchu...selalunya menu menu yang macam ni memang hubby yang suka makan dan dia juga yang selalu request...Kakintan tukang masak nya sahaja.
Biasanya ikan yang Kakintan selalu masak ialah ikan kembung atau pun ikan bawal...dua jenis tu je yang diorang suka. Bahan bahan yang selalu Kakintan gunakan ialah...

1 paket tauchu
2 ekor ikan yang siap digoreng terlebih dahulu
3 biji chili hijau dibelah 2
2 batang serai
Bawang putih dimayang
Bawang merah dimayang
Halia dimayang
Bawang besar dipotong bulat
air asam jawa
Rempah halba campur

Cara nya
Tumiskan bahan2 rempah halba campor tadi, bila naik baunya masokkan pula bahan2 yg telah dimayang, tumiskan sehingga naik baunya. Masukkan air asam jawa dan juga tauchu yang telah ditumbuk sedikit kedalam kuahnya tadi. Masukkan ikan yg telah siap digoreng biarkan sehingga mendidih, masukkah bawang besar yg telah dipotong bulat dan juga chili hijau yg telah dibelah dua tadi. Masakkan sehinga mendidih , masukkah sedikit garam rasa ikut citarasa masing masing dan angkat.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...