04 Julai 2010

SAMBAL GORENG.

Salam semuanya....selamat bersua lagi diblog Kakintan ini...terima kasih banyak banyak kepada kawan kawan yang sering berkunjung kesini. Alhamdulillah walau pun Kakintan jarang jarang melawat ke blog kawan kawan yang lain tapi masih ada yang sudi berkunjung kesini. Entah kenapa sejak dari ketiadaan ibu ini.... mood untuk meletakkan N3 baru agak berkurangan sangat... mungkin masih terasa sangat lagi dengan peristiwa sedih ini. Sesungguh nya bila ketiadaan ibu kesan nya memang ketara sangat.
Ok lahhhh..... kali ni Kakintan nak letak N3 yang berkisar pasal makan makan pula... dah lama tak letak N3 pasal makan makan ni kan... Kali ini menu yang Kakintan nak share ialah sambal goreng. Sesuai sangat dimakan bersama nasi yang panas2... tambahan pula tak lama lagi dah nak menyambut bulan puasa... memang sesuai pula dibuat lauk ketika bersahur. Sambal ni bolih disediakan awal dalam kuantiti yg banyak...bolih dijadikan stok ketika kesuntukkan waktu untuk bersahur. Manalah tau kalau2 terlambat bangun bersahur...jadi sambal ni dah siap sedia dalam simpanan. Antara bahan yang biasanya digunakan untuk membuat nya ialah..

Tempe- dipotong nipis nipis dan digoreng rangup
Ubi kentang yang dipotong memanjang dan digoreng
Ikan bilis yg dikopek dan dibelah - digoreng sehingga betul2 garing
Suhun...dipotong pendek dan digoreng
Kacang tanah yang digoreng

Untuk sambalnya...
Cili kering yang diblender
Bawang besar/bawang kecil juga diblender..
Garam
Sedikit gula

Caranya tumiskan bawang dan cili kering yg telah diblender tadi sehingga garing dan pecah minyak.. Masukkan semua bahan bahan yg digoreng tadi kedalam sambal yg telah betul betul masak rasakan garam dan gula sehingga betul2 sebati mengikut selera masing. Gaulkan bahan bahan tadi sehingga betul betul rata. Angkat dan sejukkan...Simpan dalam botol yg kedap udara.
Ok lah selamat mencuba... salam dan bye...bye....

1 ulasan:

  1. sedapnya....dah le tangah puasa nie....hehehehhe....sabo bebanyak iera....GODAAN

    BalasPadam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...