13 Ogos 2010

APA YG DIMASAK UNTUK BERBUKA SEMALAM?

Salam Ramadhan, dah masuk hari ke4 kita semua yang berugama Islam menjalankan ibadah berpuasa hari ini. Alhamdulillah segala nya dilalui tanpa banyak rintangan. Entry kali ini tentang apa yang Kakintan masak semalam, tak banyak pun cuma buat penambahan mana yang ada sebelum nya. Kalau masak pelbagai menu pun tak termakan hanya membazir sahaja, jadi masak ala kadar dan yang dimasak tu pun yang menjadi kegemaran seisi keluarga. Ini untuk mengelakkan pembaziran sebenar nya...he..he...Petang semalam Kakintan hanya membuat ayam goreng berempah, masak pun dah dekat dekat nak berbuka puasa. Buat macam tu sebab kalau masih panas panas ni biasa nya cepat habis dan sedap dimakan.
Selain daripada itu Kakintan buat masak ikan cencaru...konon nya nak buat masak lada...ala ala nyonya gitu, tapi dek kerana stok cili kering yg dah siap diblender habis, Kakintan gunakan sahaja cili api , cili merah serta lada hitam yn diblender bersekali. Sebab tu lahhh...kuah nya nampak pucat lesu sahaja, apa pun rasanya masih sedap bila dilawankan dgn nasi panas masa berbuka semalam. Ada juga sayur tumis kobis, tapi Kakintan tak letak pun dalam blog ni, juga timun yang dicicah dengan sambal tempoyak.
Ok lah sekian dulu catatan Kakintan pagi ni, salam dan selamat menjalankan ibadah puasa, bye ....bye...




Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...