16 Ogos 2010

BERBUKA PUASA DITERATAK SHIFA..

Salam Ramadhan dan selamat pagi.Hari ini hari ke7 kita menjalankan ibadah puasa. Sekejap je dah seminggu berlalu. Semalam Kakintan dan keluarga berbuka puasa diTeratak Syifa, diTaman P.Ramlee bersama sama dengan anak anak yatim piatu disitu. Ini adalah kali kedua kami berbuka puasa dengan mereka. Kali pertama adalah pada tahun lepas.
Majlis berlansung dalam suasana sederhana, makanan yang dihidangkan ditaja olih pihak ESSO Malaysia, Kakintan dan beberapa orang rakan sebuah pertubuhan menjadi pengiring mereka untuk memeriahkan suasana. Anak anak yatim tersebut seramai 18 orang , kebanyakkan nya perempuan. Pengetua rumah tersebut dikenali sebagai "Mak Tom" olih anak anak disitu, bukan main ramah lagi melayan kami sepanjang berada dirumah tersebut.
.
Ini ada lah antara orang orang yang merancang program ini, iaitu Kak Rosmah (yg berbaju jalur2 tu)....sebelahnya pula ialah orang kuat dari pihak Badan Kebajikan ESSO Malaysia *berbaju hitam bertudung putih tu- lupa la nama Puan tersebut. Antara makanan yang ditaja berbuka puasa semalam ialah nasi putih, ayam masak merah, sotong masak lemak, telor mata gorengkicap, ikan goreng, sayur campor , minuman pula teh tarik dan juga sirap. Makanan pencuci mulut pula ialah buah honey diew. Makanan nya sedap sedap, berselera tengok budak budak ni makan.
Acara kami habis , selepas waktu berbuka puasa, masing masing pulang selepas menunaikan solat maghrib disitu. Masing masing mahu pulang cepat untuk pergi menunaikan solat sunat terawih disurau berdekatan kediaman mereka. Ok sekian dulu catatan Kakintan buat kali ini. Salam dan selamat berpuasa, bye...bye....












1 ulasan:

  1. tentu seronok anak2 yatim ni dapat berbuka dan diraikan oleh insan2 yg prihatin..

    BalasPadam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...