11 Ogos 2010

JUADAH YANG SENTIASA MENDAPAT TEMPAT DIBULAN RAMADHAN...

Salam semua.... selamat pagi dihari kedua kita berpuasa dibulan Ramadhan ini. Apa agaknya juadah yang dibuat semalam semasa berbuka puasa. Ada antara kita tiap kali berbuka nak kan makan nasi terus dan ada juga nak makan yang ringan ringan dan manis terlebih dahulu selain dari kurma. Begitu juga keadaan nya dirumah Kakintan, tiga empat tahun yang lepas anak anak suka makan makanan yang agak berlainan dari nasi. Tapi kali ini berubah nampaknya mereka lebih utama kan nasi selepas berbuka dengan buah kurma.
Suami pulak tak kisah mana mana aje pun bolih, tapi kena juga ada sedikit juadah yang manis manis, paling digemari ialah kuih tepung pelita, aka kuih sampan. Bolih katakan setiap kali bulan puasa ini lah juadah yang sentiasa ada dalam menu sehari hari. Nak lagi sedap memakan nya simpan dulu dalam fridge...he..he...sejuk je masuk keanak tekak kan....nak resepinya ke?Kakintan ada copy & paste dari blog Ina KL....
Bahan bahan nya:-
1 cawan tepong beras.
1 cawan gula
5 cawan air
7 helai daun pandan diblender dgn sedikit air, ambil jusnya
sedikit kapur dan garam
Gula untuk letak diatas lapisan hijau
sedikit pewarna hijau
Cara2nya:-
Campurkan tepong beras,air, jus pandan, kapor, garam dan juga gula.
Masak diatas api yang perlahan sehingga pekat dan berkilat.
Bila masak masukkan dalam bekas yg disukai, samaada bekas daun pisang yg siap dibentuk atau sekarang lebih senang gunakan plastik je. Kemudian ditaburkan gula diatasnya sedikit supaya rasanya agak manis sikit.
Lapisan santan:-
Bahan bahan nya:-
1 biji kelapa diperah untuk dapatkan 4 cawan santan
4 sudu besar tepong beras ratakan
sedikit garam


Caranya:-
Camporkan semua bahan diatas, masak diatas api perlahan sehingga pekat dan berkilat..tuangkan diatas lapisan hijau tadi..sejukkan. Ok siap dan selamat mencuba...salam dan bye bye.....

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...