19 Ogos 2010

KENA REMBAT LAGI...

Salam selamat pagi Jumaat, bertemu lagi disini,alhamdulillah. Entry kali ini adalah sambungan dari entry semalam. Ada lagi koleksi yang Kakintan rembat dari GIACOMO. Sebiji mangkuk yang bertutup atau pun dipanggil tureen. Berkenan tengok bentuknya tu, satu lagi gambar yang ada dibadan nya tu nampak macam koleksi yang mahal mahal je kan? He..he..kalau ikut kan nak je order satu set sekali dengan dinner setnya tu...tapi tak apa biar lah dulu, dah beli fikir pulak mana nak simpan/letak
Masa Kakintan tengok dalam catalog ni tureen ni nampak macam biasa biasa je saiz nya, bila dah tengok depan mata amboiiiii....bolih tahan besarnya, nanti bolih la kalau nak isi kuah2 ke , bubur2 ke masa ramai yang bertandang kan...berangan je la ni bukan apa pun...
Yang menjadikan ianya bertambah cantek kerana gambar buah-buahan yang terdapat kat badan nya yang agak seksi ni...lagi pun Kakintan tak pernah ada koleksi seperti ini sebelum ini. Dek kerana ianya sebahagian dari barangan "mampu milik" sebab tu lah Kakintan rembat. Ok lah sampai disini dulu cerita Kakintan pagi Jumaat ni...nanti kita sambung lagi, salam, selamat berpuasa dan bye bye....

2 ulasan:

  1. salam kakintan..
    dah pekenan tu rembat je la, leh juga pakai raya nanti, berseri meja makan tu...

    BalasPadam
  2. salam kak intan... cantik la.. kat mana nak dpt set ni

    BalasPadam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...