14 Ogos 2010

NASI BERIANI DAN LAUK PAUKNYA.....

Salam , selamat berhujung minggu disamping menjalankan ibadah puasa. Ermmmm rasanya hujung hujung minggu mesti ramai yang ambil kesempatan lepak santai dirumah atau pun ada juga yang duk sambung tidur ke, setelah selesai solat subuh, ada juga yang isi masa lapang nak mengemas ngemas rumah kan..Maklumlah raya tak sampai sebulan lagi he..he... Apa agaknya menu berbuka semalam? Kakintan ambil kesempatan memasak nasi beriani beserta dengan lauk pauknya. Lagipun dapat request dari En.Hubby nak makan nasi beriani masakkan sendiri. Selalunya kalau nak makan kami beli sahaja dikedai, tak kisah lah kan Kakintan rasa Kakintan pun dah lama tak buat, jadi semalam dengan rela hati memasaknya he...he...
Inilah nasi beriani, resepinya Kakintan ceduk dari dapor Mat Gebu, terima kasih berkongsi resepi ni ya Mat, suami kata sedap....rasa rasanya lepas ni bolih la Kakintan masak lagi.

Yang ini kari daging, tak ada cedok mana mana resepi pun main belasah je, lagi pun dah biasa buat masak kari daging mestilah tau kan..



Ini pula, ayam masak merah, resepi sendiri juga, tak ada skodeng resepi mana mana pun , sebab selalu juga buat ayam masak merah ni, salah satu kegemaran anak anak juga menu ni.

Akhir sekali, Kakintan buat pencuk nenas dengan timun, he..he....ini lah menu paling senang, potong timun, nenas, cili api, cili merah, dah tu gaulkan dengan sedikit gula dan garam ...siap...
Ok lah ini lah dia menu yang Kakintan sediakan semalam sewaktu berbuka puasa dihari ke4,ooohhh... ada lagi satu tak tunjuk kat sini... sapa tau apa dia? Kakintan juga goreng papedom sebagai pelengkap hidangan nasi beriani ni.
Sampai disini dulu catatan untuk pagi ni, bertemu lagi dilain waktu... Salam dan bye...bye...selamat berpuasa buat semua muslimin dan muslimat.










Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...