28 September 2010

ASAM REBUS TEMPOYAK KERISI.

Salam semua, dah sarapan ke pagi ni... he..he..kali ni bukan cerita pasal sarapan tapi pasal lauk lauk lepas raya ni. Dah tak tahu apa nak masak kan?... Terutama dimusim musim Aidilfitri ni hari hari kalau kemajlis majlis rumah terbuka mesti ada ayam dan juga daging. Naik jemu pula rasanya dengan menu menu yg berasaskan dua bahan ni.
Menu ni Kakintan masak minggu lepas, rasanya nak makan lauk yang ringkas ringkas sahaja tetapi menyelerakan. Apalagi kalau bukan asam pedas rebus. Sesekali kalau buat lauk begini memang berselera betul makan. Pekena dengan nasi putih yang panas panas dan sedikit ulam ulaman beserta sambal belacan. Rasanya selain ikan kerisi ikan ikan lain juga sedap dimasak bergini... macam ikan kembong atau juga ikan selar. Nak bagi lagi "power" campurkan dengan sedikit tempoyak...fuuuuuhhhhh...memang the best lah...ok lah sekian dulu sampai disini ya...salam...

6 ulasan:

  1. Salam kak Intan...

    Sedapnya...isykkk terliur saya..rasa nak sepinggan nasi...hehehe

    BalasPadam
  2. w/salam Ros..apa khabar..he..he...lps2 raya ni sedap makan rebus2 macam ni kan

    BalasPadam
  3. Salam k.intan..salam syawal...wah dah lama tak masak lauk asam rebus gini..terliur plak...kna ngan nasi pnas2 hu hu terangkat...

    BalasPadam
  4. wah.. sedapnya.. terliur saya melihatnya..

    BalasPadam
  5. Kerull w/salam...huuuuu lepas ni bolih la masak kan..dah jemu la dimusim2 raya ni dgn ayam dan daging je.....

    BalasPadam
  6. Salam Zareene..terima kasih singgah blog Kakintan. masak simple2 je Zareene

    BalasPadam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...