18 Oktober 2010

HITAM PUTIH YG PERNAH SINGGAH DIHATI...

Salam , minggu lepas Kakintan jalan jalan keNagoya Textile, bukan apa tolong surveykan kain curtain untuk seorang kawan. Katanya dia minat yang bercorak moden dan abstrak.....warnanya pulak nak kan yang bertema hitam dan putih. Rasanya warna ni tak susah pun nak cari. Bila masuk sahaja di Nagoya Care4 Wangsa Maju terus sahaja Kakintan terpandang kan corak corak sebagaimana yang kawan Kakintan ni katakan. Ermmmm....cantek cantek juga coraknya. Satu masa dulu Kakintan pernah juga gunakan tema hitam putih ni dalam menghias rumah Kakintan. Memang suka dengan dua warna ni. rumah pun nampak kemas juga kalau kena pada cara kita mendekorasinya. Paling Kakintan minat ialah corak belang ni (Zebra)....kalau dapat carpet corak ni lagi best. Sampaikan pakaian pun Kakintan minat sangat dengan corak ni juga. Entah kenapa secara otomatik memang minat sangat sangat.
Kain yang ni pun cantek juga coraknya, gabungan dari warna kelabu, hitam dan putih. Mana yang pandai mendekorasi rumah gaya moden memang sesuai sangat ni. Coraknya pun nampak macam kain yang mahal tu (Damask) , jadilah kalau setakat macam kita ni nak guna kain bercorak seperti ini untuk dibuat curtain. Sebabnya kain Damask tu harga bolih tahan ratusan ringgit juga semeter.
Kain kain ni pada Kakintan semuaoarang "mampu milik" sebab harga nya tak lah melebihi dari $20/= semeter...berbaloi la tuh kan...
Ada macam macam corak yang sempat Kakintan ambil gambarnya, yg bawah ni coraknya berbunga besar2....kalau rumah kita luas buat curtain sesuai sangatlah nampaknya.
Selalunya corak yang macam ni pula, taste untuk anak anak muda remaja...terutama untuk bilik anak anak lelaki yang meningkat remaja...
Kalau nak letak kat bilik anak perempuan pun apa salahnya. Cantek juga kannnn......
Ok lah..layan dulu pic2 ni untuk cuci mata he..he... Kakintan bukan buat iklan ya....saje suka suka nak share kat sini. Salam dan berjumpa lagi dilain entry.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...