06 Oktober 2010

KEK BATEK.....

Salam dan selamat pagi.... dah bersarapan ke pagi ni?...Sambil sambil sarapan tu ada yang duk belek belek lappy mungkin.... mungkin ada yang mencari menu untuk makan petang nanti atau juga untuk menjamu kawan kawan yang bakal datang kerumah kita Sabtu/Ahad nanti. Entry kali ini Kakintan nak share menu yang satu ni. Menu yang tak lah susah sangat nak menyediakan nya iaitu Kek Batek.
Cara dan bahan nya Kakintan ambil dari MyResepi sumber dari Mrsdayat... terima kasih Mrsdayat ya....

Bahan-bahan ( loyang 7/8" )

  • 1 bungkus (350g) biskut marie
  • Setengah buku butter
  • 2 biji telur
  • 1 cwn serbuk koko
  • 1/2 cwn milo
  • 1 cwn air
  • 3/4 cwn gula
  • ** milo dan koko tu terpulang pd citarasa. nak rase cokelat yg kuat..gune 1 cwn koko+1/2 cwn milo.nak rase yg agak mild,gune 1cwn milo+1/2 cwn koko

Cara-cara

  1. patah2kan biskut
  2. dalam periuk, campurkan koko,milo,air,gula. Dengan api sederhana, kacaukan sampai semua dah larut
  3. masukkan butter,kacau sampai butter cair
  4. kecilkan api, masukkan telur..kacau sampai agak2 pekat (lbh kurang 30 saat).padamkan api
  5. masukkan pula biskut yg dah dipatahkan tadi.kacaukan sampai semua biskut dh di selaputi cokelat.(sukatan biskut terpulang pd citarasa. kalo nak byk cokelat gune sket ajer...)
  6. masukkan dlm loyang..tekan2 sket bg padat.simpan dlm peti sejuk sebelum dipotong dan dihidang

Ok lah lepas ni pada sesiapa nak mencubanya bolih lah membuatnya kan...senang je tu...dalam masa stengah jam dah siap dah..ok lah salam dan bertemu lagi dilain waktu...

2 ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...