21 November 2010

DAGING KORBAN...MASAK DENDENG

Salam semua pengunjung pengunjung blog. Terima kasih selalu singgah diblog Kak Intan . Entry seterus nya tentang resepi daging dendeng yang Kak Intan buat beberapa hari yang sudah. Daging ni daging korban yang En.Hubby dapat masa tolong melapahkan lembu korban disurau yang berdekatan dengan kawasan perumahan Kak Intan. Jadi dapat lah dalam sekilo... alhamdulillah rezeki diraya Korban.... amin. Daging macam ni kalau nak kasi cepat habis dimakan biasanya Kak Intan buat daging dendeng je. Anak anak suka begitu juga Hubby. Bukan nya apa dia agak kering dan bersambal, makan dengan nasi putih panas panas pun sedap tak payah lagi lauk lain kan.
Resepi Kak Intan gunakan?... ok ye..

Bahan bahan nya:-

1 kilo daging segar, dipotong nipis, kemudian dibersihkan dan direbus sekejap.
kemudian daging ni ditumbuk dan kemudian nya digoreng pula. Masa merebusnya Kak Intan tambahkan sedikit garam

3 biji bawang besar- blender
2 biji bawang putih-blender
sedikit halia blender
15 biji cili kering- rebus dan blender
sedikit kicap pekat manis
sedikit gula melaka
sedikit cili sos
sedikit garam

Caranya:-
Tumiskan bahan bahan yang diblender tadi hingga garing baunya, masukkan garam , kicap, gula melaka, cili sos bila dah cukup sebati dan cukup rasa masam masin manisnya masukkan pula daging yang telah digoreng tadi gaulkan hingga sebati. Angkat dan bolih dihidangkan bersama sama nasi yang panas..uishhhh ..bestnya. Ok selamat mencuba.

1 ulasan:

  1. lama x buat dendeng... nengok dendeng ni teringin plak nak buat...

    BalasPadam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...