Salam dan selamat pagi Jumaat, dah 3 hari kita merayakan Aidiladha, rasa sekejap sahaja masa berlalu kan. Dah sarapan ke? Ini entry makan makan pagi semalam. Roti jala dengan kuah kari ayam...sedapnya...bukan buat sendiri tau..tapi ada yang kasi he..he...
Nak makan roti jala ni memang suka, tapi part nak menjala tuhhh...alahai malasnya. Kalau dah betul betul kepingin nak makan baru Kak Intan buat sendiri he...he...tapi selalunya kalau ada musim durian, KakIntan suka makan dengan serawa durian..fuhhhh terlior lah pulakkk....mana lah nak cari durian ni....belum bermusim lagi. Tapi kuah kari pun sedap juga kan... minum pulak dengan kopi panas..memang berpeloh peluh dibuatnya. Ok layan dulu roti jala ni ya...salam...jumpa lagi lain entry
Tiada ulasan:
Catat Ulasan