02 Disember 2010

ADA SIAM ADA JAWA...APAPUN DUA2 HUBBY SUKA.

Salam dan selamat pagi semua, apa khabar pengunjung2 blog Kak Intan, terima kasih kerana sudi singgah sini. Sebenarnya kalau ditengokkan kat blog Kak Intan ni tak ada apa yang menariknya...tak macam blog blog lain yang cantek cantek isi kandungan nya begitu juga dengan gambar gambarnya.Ok lah kita teruskan pasal entry kali ni. Sebenarnya entry macam biasa tentang apa yang Kak Intan masak semalam untuk lunch.
Bila Kak Intan buka fridge pagi semalam tengok stok ayam banyak lagi terus je terfikir nak masak padprik ayam. Lagi pun sayur sayur semuanya ada apa lagi teruskan je hajat, anak anak dan suami pun suka makan padprik ni
Dah masak padprik ayam ... ada pula 2 keping tempe yang masih belum dimasak lagi...tempe ni biasa Kak Intan goreng je ,letak rempah kari sikit dah tu tumbuk kan sedikit bawang putih dan juga halia, letak garam dan sedikit cili kering siap bleder gaulkan hingga sebati, perap kejap baru digoreng. Dah masak makan kan dengan dicicah cili kicap...fuhhh berasap makan bila makan masih panas panas lagi. Tapi anak anak Kak Intan pula tak pandai makan tempe ni.. selalu nya Kak Intan dengan Hubby yang layan. Ok Kak Intan nak out dulu ya...nak sambung kerja2 rumah sekejap. Dah siap nanti bolih jumpa semula didepan PC ni kannnn...he...he...Salam

4 ulasan:

  1. Salam Kak Intan...

    Siam Dan Jawa Okey Juga Tu Kak Intan....Air Tangan Isteri Tak Kira Masakan Apa Jer Pastinya Sedap!

    BalasPadam
  2. ayam paprik ni pernah makan tapi belum pulak pernah cuba masak...resepinya....please....tnx dear :)


    Caption gambar akak ni cantik...menambahkan lagi keinginan hendak mencuba masakan ni....

    BalasPadam
  3. w.salam Lin..
    Ialah gaknya kan...sebab kita yang masakkan untuk dia hari hari

    BalasPadam
  4. UmmiRosma...nanti Kak Intan letakkan resepinya disini ya...

    Bahan-bahan ( 4 )

    ½ ekor ayam - dipotong kecil2
    4 ulas bwg merah - ditumbuk
    2 ulas bwg putih - ditumbuk
    1 labu bwg besar - dimayang
    2 btg serai - dititik
    2 biji buah tomato - dipotong 4
    5 biji cili padi - ditumbuk
    bunga kobis, kacang buncis/panjang, karot dan jagung muda
    sedikit sos tomato, sos cili, sos tiram dan kicap manis
    bahan2 perasa
    Cara-cara

    Panaskan kuali. gorengkan ayam (agak2 sampai masak, jgn terlalu garing).
    Masukkan bawang merah, bwg putih dan cili yg ditumbuk, kacau sekejap.
    Masukkan sos tomato, sos cili, sos tiram dan kicap manis Biarkan mendidih sekejap dan masukkan pula sedikit air. masukkan serai, daun limau purut dan sayur-sayuran.
    Bila dah mendidih, masukkan bwg besar dan buah tomato. semasa menghidang, perahkan limau kasturi.

    BalasPadam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...