01 Disember 2010

DI KK HOME DEKO...DAPAT TIN CORAK CATH KIDSTON LAGI...

Salam dan selamat pagi hari Khamis ini. Apa khabar semua pengunjung blog Kak Intan ? Harap harap semuanya sihat sihat dan ceria ceria selalu pepagi nih, Dah breakfast ke...Alhamdulillah kalau sudah ya. Kak Intan pun belum lagi breakfast ni....tunggulah sekejap lagi...
Nak tengok koleksi terbaru tin yang Kak Intan beli dari KK Home ni? Ini lah dia nya wah..... rasanya dah senang nak dapat corak corak begini sekitar KL sekarang ni ..tak payah order dah kalau teringin sangat.
Masa masuk ke KK Home Deko beberapa hari yang lepas terus terpandang dengan tin tin ni jadi Kak Intan pun rembat la 2 biji, konon konon ya nak letak kat dalam bilek air ...tapi sampai sekarang tak pun lagi he..he... nanti lah tunggu datang ilham tau la apa nak buat dengan tin ni nanti. Ok sapa sapa yang berkenan nanti bolih la pergi terjah ke KK Home yg berdekatan tu ya... Salam, jumpa dientry yang seterusnya.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...