05 Disember 2010

IST GATHERING DARI GENG2 ESDG.

Salam semua, Selamat bertemu kembali dipenghujung 1431H ini. Apa khabar semua dan selamat menjamu selera, pada yang sedang menjamu selera waktu ini. Ermmm...kali ini Kak Intan nak berkongsi cerita tentang apa yang berlaku semalam. Bertempat di Fullhouse Lifestyle Store & Cafe, diJalan Yap Kwan Seng kami mengadakan 1st gathering bersama sama dengan geng ESDG (English Style Decoration Group) dari FACEBOOK bermula jam 2-5 petang.Alhamdulillah segala nya berjalan seperti yang dirancang dan amatlah membanggakan kami semua terlibat. Mana tidaknya seramai 20 orang ahli dapat berkumpul dalam satu masa ditempat yang agak sesuai dengan minat kami semua iaitu English cottage.
Antara yang hadir pada hari semalam ialah Zarinawati Mat Jahit, Kahariah MK dari Kuantan dan juga Elizabeth Adat dari Slim River Perak. Mereka bertiga ini antara yang datang dari jauh. Kak Intan rasa sungguh terharu dengan kehadiran mereka bertiga ini, terima kasih banyak banyak ya, selain dari itu kesemuanya yang tinggal berdekatan KL dan Selangor menghadirkan diri antara nya Rahimah Ahmad, Faeiz Bajrai, Hidayah Mohd Yusof, Shida Shukor, Anie Asyim,Zolidya Nor, Rosnah Abd Razak, Aziani Thani, Jan Absoorkhan, Khairah Hussin, Yatie Bakar,Adam Latini (Tini), Jong jong Inai (Rose), Intan Mohd,Yanntie Ahmad dan juga Kak Intan sendiri.
Setiap yang datang Kak Intan siapkan sejambak bunga sebagai tanda terima kasih..
Kak Intan rasa seronok juga sebab dapat menemukan jiran yang tinggal berdekatan rumah tapi tak pernah berjumpa dan berkenal dengan lebih mesra lagi iaitu Kak Ida(Hidayah Yusoff) - bertudung putih choklat dengan Zolidya Nor-bertudung hitam putih
Begitu juga dengan dua orang lagi mak dara kat bawah ni Yatie Bakar(Berdiri) dan juga Rahimah Ahmad (dudok)...yang satu masa dulu mereka pernah berjiran di POLAPOL Jalan Gurney..tapi hampir lebih 5 tahun tak pernah berjumpa, bila Rahimah berpindah ketempat lain, kini dapat bertemu semula.
Sepasang lagi yang dapat bertemu kembali ialah Khairah Hussin dan juga Izan Kamin...mereka dulu adalah rakan sebaya dan sama sekolah. Ishhh...ishhh dah macam jejak kasih la pulak kan. Apa apapun syukur sebab mereka semua gembira dengan pertemuan ini...semoga tali persahabatan antara kita terus berpanjangan diantara satu sama lain.

Diatas ini ialah Khairah Hussin yg berbaju putih dan juga Izan Kamin bertudung purple. Sambil sambil bercerita tentang diri masing masing masa bertemu kami juga menjanu selera disini. Hidangan yang disediakan ala carte..jadi pilih je menu mana yang suka, he,,he,,, sendiri makan sendiri bayar. Pada mulanya Kak Intan cadangkan nak buat secara hitea tapi puas juga cari beberapa tempat yang bersesuaian dengan harganya tapi masing masing rasa selesa dengan Fullhouse ni juga.Tak apa lah dilain perjumpaan kita cari tempat lain pula ya.
Makanan yang diorder Wasabi fish and Chips...tapi tak makan leka dengan kawan kawan yang lain ..seronok berbual kenal mengenal antara satu sama lain perut pun jadi kenyang. Nasib juga siLidya bawakan tart yang sedap ni untuk kami sama sama menjamah..alhamdulillahhhh...rezeki juga ni...
Sambil sambil makan apa lagi kalau bukan aktiviti posing sana posing sini...
Masa ni baru lagi sampai, masing masing malu malu lagi antara satu sama lain he..he..
Apa pun Kak Intan juga nak ucap terima kasih banyak banyak pada yang datang meluangkan masa semalam, walau pun sebahagian dari Kuala Lumpur jammed teruk tapi mereka semua berpuasa hati dan gembira dalam pertemuan pertama ini . Kepada Pengasas ESDG (Puan Mawaddah Putri) Kakintan juga berterima kasih banyak banyak kerana mendapat kepercayaan untuk menjayakan aktiviti geng kita ini...harap harap didalam perjumpaan seterusnya Mawwadah Putri (Sal) dapat bersama sama dengan kita kerana buat masa sekarang Sal sibuk dengan pertukaran tempat kerjanya dari Sabah ke Kuantan pula.
Selain dari itu Kak Intan juga nak berterima kasih banyak banyak kepada 2 orang lagi yang banyak membantu Kak Intan iaitu Puan Rahimah Ahmad dari segi kutipan wang setiap ahli yang menyertai pertemuan ini dan juga Kak Hidayah Yusoff yang banyak memberikan tunjuk ajar dalam pengendalian perjumpaan tersebut. Dia merupakan orang pertama yg sampai keFullhouse petang itu..he.he... Pssttt sebenarnya juga kami jiran sekampong, setelah bertahun2 kami bertemu semula melalui Facebook ...uihhhhh banyak sejarah nya ni kalau diceritakan . Ok lah sampai disini dulu yang dapat Kak Intan ceritakan tentang 1st Gathering ESDG semalam... salam dan jumpa lagi.

6 ulasan:

  1. Bagus juga gathering sebegini..mengeratkan silatulrahm...semuanya kah peminat english cotage..liz nak joinlah..tapi jauh...anyway selamat tahun baru hijrah...

    BalasPadam
  2. SELAMAT MENYAMBUT MAAL HIJRAH KAK INTAN....

    WAH! SERONOKNYA......ORGNYA CUN-CUN...KUIH MUIHNYA...CUN-CUN...MASAKANNYA PUN CUN-CUN....

    BalasPadam
  3. Liz...
    terima kasihhhh...bolih join kalau nak ikut..insyaallah kalau menjadi yg seterusnya akan Kak Intan bagitahu ya

    BalasPadam
  4. Liz..
    terima kasih, insyaallah bolih join yg akan datang pula nanti

    BalasPadam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...