25 Januari 2011

JUMPA ECHA DAN ZAH DAUD DIFULLHOUSE -PART 3

Salam.
Selamat pagi dan jumpa lagi dientry Kak Intan kali ini. Sambil sambil tu rasanya ada yang tengah bersarapan pagi....apa lah agaknya sarapan anda semua pepagi nihhhh?..... Kak Intan dah jamu perut dengan semangkok kecil nasi goreng..alhamdulillah. Kali ini nak bercerita tentang perjumpaan Kak Intan dengan Echa dan Zah diRestoren Full House lagi. Sebenarnya dah lama diorang ni buat perancangan tapi seringkali tak menjadi..maklumlah masing masing ada sahaja urusan nya. Jadi tangguh punya tangguh Sabtu lepas baru lah kami dapat berkumpul. Echa ni ada sebab nak jumpa Kak Intan, masa mula2 Kak Intan buat gathering diFullhouse dulu sepatutnya dia hadir tapi atas sebab sebab tertentu dia terpaksa cancel last minit. Duit dah bayar semua,cuma doorgift Kak Intan belum serahkan lagi...
Inilah dia Echa (yg sebelah kiri ni), sorang lagi ni kawan baik Echa dan juga jiran Echa...Zah Daud nama nya.Diorang datang berdua dari Putra Height kerumah Kak Intan dan terus ke Fullhouse. Kata Echa dia sendiri tak tau dimana kedudukkan Fullhouse jadi minta tolong Kak Intan tunjukkan...

Antara lain yang datang lagi hari tu ialah Lidya (baju hitam-duduk tengah2 ni) dan juga Sharifah Zaidah (yg berdiri bertongkat dagu tu)
Ini lah antara desert yang Echa order untuk kami makan...choklat brownies dan vanilla ice cream, serta ice lemon tea yg Kak Intan order sendiri...adus...sedap memang sedap Echa..tapi tak tau lah berapa kilo Kak Intan naik badan petang tu he..he.....thanks Echa..
Menu utama petang tu mee kari...weiii ...memang sedap..tapi tengok lah mangkuk nya tu (kata kawan Kak Intan bolih buat basuh muka besarnya)...nak mengabiskan semangkuk tu pun bolih tahan....dari mula duduk , belum tentu bolih habis, sampailah masa beredar nak pulang..
Tak cukup dessert kat Full house, Lidya juga bawa cheese tart untuk kami petang tu. Lidya ni seorang yg rajin memasak, sambil sambil tu dia juga buat bisnes kuih muih ni..tiap kali kami bertemu ada saja buah tangan dari dia. Semoga Lidya murah rezeki dan bertambah maju dalam bisnes ya....

Karipap ni juga buah tangan dari Lidya,petang tu banyak bawa stok karipap ni sebab ada antara kami yg order untuk dibuat stok dirumah masing masing. Selain dari karipap Lidya juga buat mee kuning, sesiapa nak order mee kuning tanpa bahan pengawit bolih la order dari dia..
Paling Kak Intan suka ialah fruit tart ni...ishhh ...rasanya semua sedap sedap la Lidya. tak ada yang tak sedap...he..he..dah makan kat situ dapat pula masing masing bawa balik buah tangan sorang sikit.
Apa pun terima kasih banyak banyak pada kawan kawan semua pada hari itu. Selain berkenal kenalan dapat juga rezeki dibawa pulang. Pada Echa terima kasih juga kerana sponsor kami makan pada petang tu...dah la makan percuma siap jemput dan hantar Kak Intan balik lagi. Alhamdulillah..Kak Intan sekali lagi mendoakan Echa sekeluarga dimurahkan rezeki dan berjaya dalam bisnes yang dijalankan.Pada kawan kawan yang lain begitu juga, semoga tali persahabatan kita berpanjangan sampai bila bila hendaknya ..aminnn. Salam dan jumpa lagi dilain entry.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...