19 Januari 2011

ULANGTAHUN JARIINTAN KU YG KE3....

Salam semua geng blogger, apa khabar hari ini. Selamat bercuti kepada yang bercuti hari ini dan juga kepada yang bertugas, Kak Intan ucapkan selamat menjalankan tugas. Dalam beberapa hari ini Kak Intan tak sempat nak meletakkan entry entry baru buat tatapan semua. Tak tahu apa lah yang disibukkan sangat. Sebenarnya dalam sedar tak sedar sudah 3 tahun rupanya usia blog JARIINTAN KU ini. Alhamdulillah masih bertahan sehingga kini. Terima kasih Kak Intan nak ucapkan kepada kawan kawan yang sering berkunjung kesini, walau pun blog Kak Intan ini tak seberapa isi kandungan nya....tapi alhamdulillah juga dari JARIINTAN KU, Kak Intan dapat mengenali ramai kawan kawan dialam cyber...baik dinegara sendiri juga diluar negara. Ramai juga kawan kawan dari blog yang sudah Kak Intan temui secara reality nya. Kepada pengunjung pengunjung JARIINTAN KU KakIntan sangat sangat lah berterima kasih dan mohon maaf sekiranya jejak anda tidak berbalas dalam masa yang terdekat...tapi insyaallah sekiranya ada masa terluang Kak Intan pasti akan menjejakinya kembali..
Antara yang pernah Kak Intan sediakan untuk pengunjung blog Kak Intan mula mula dulu, ini lah dianya award pertama yang Kak Intan sediakan...custom made lagi he..he...dengan bantuan anak sulong Kak Intan ianya dihasilkan...
Dan gambar ini pula ialah blog yang mula mula sekali Kak Intan gunakan bercorak ala ala DAMASK dengan warna hitam/krim colour...olih kerana Kak Intan sekarang meminati corak dan hiasan rumah Inggeris maka Kak Intan tukarkan rumah barunya dari corak Inggeris juga...ala ala corak Cath Kidston, pun kedua dua Kak Intan suka.
Ok lah sampai disini dulu catatan Kak Intan kali ini, salam sayang buat semua pengunjung pengunjung blog JARIINTAN KU dihari ulang tahun ke3 nya ini...

4 ulasan:

  1. Happy aniversary yg ke-3,Blog yg cukup indah,cantik,montopss & yg penuh dgn kata2 hikmahnya..Salam Maju Jaya JARIINTANKU..CONGRATE..

    BalasPadam
  2. Selamat blogversary ya kak intan... semoga terus aktif :)

    BalasPadam
  3. Salam En.Shariff terima kasih banyak banyak ye..

    BalasPadam
  4. Salam Umie..terima kasih banyak banyak ..insyaallah Umie semoga blog ni akan terus kekal selagi Kak Intan mampu..ye

    BalasPadam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...