09 Februari 2011

DAH CANTEK....TAPI NAK CANTEK LAGI...

Salam,
Selamat pagi hari Khamis, apa khabar hari ni ya. Entry hari ni lain sikit seperti mana biasa. Ada projek yang Kak Intan lakukan malam tadi dalam hujan hujan lebat. He...he... hujan mencurah curah kat luar, yang Kak Intan dalam rumah ni pun idea mencurah curah datang. Alahai bukan apa pun, biasa lah kita ni wanita kan,....kalau dah cantek memang nak cantek lagi..
Minggu lepas Kak Intan dengan salah sorang kawan dari geng ESDG (English Style Decoration Group) jalan jalan ke Wangsa Walk cari barang barang untuk rumah dia. Masa singgah diROMANTIKA nampak lah sepasang bekas lilin warna putih ni dikedai tu. Apa lagi kawan Kak Intan ni cepat cepat lah rembat, sebelum dia dikebas orang...kebetulan stok nya pun tak ada lagi... harga pun agak berpatutan sekali... memang la teruja sangat....
Kedua2 bekas ni dia tinggalkan dirumah Kak Intan, katanya tolong hiaskan nanti. Insyaallah Kak Intan kata... sebab masa tu tak ada idea nak hias macam mana. Baru lah malam tadi teragak bilaa idea tu timbul je tiba tiba... ini lah yang dapat Kak Intan hasilkan...
Kebetulan stok bunga rose kecil kecil ni Kak Intan juga beli minggu sudah jadi senang la Kak Intan menjalankan tugas menghias nya.
Ok...siap dah kerja Kak Intan ... senang hati sikit, lepas ni harap harap tuan punya bekas lilin ni akan rasa puas hati dengan apa yang Kak Intan dah buatkan untuknya. Layan dulu pic ni ya....salam dan jumpa lagi dientry akan datang..

4 ulasan:

  1. memang cantik sanagt....akak memang kreatif la..

    BalasPadam
  2. cantikla kak intan...bile la mira nak jadi kreatif macam akak nie???huhuhu

    BalasPadam
  3. memang cantik menarik memang the bommmm

    BalasPadam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...