07 Februari 2011

ZAMAN 70AN KEMBALI LAGI

Salam,
Semasa berjalan jalan disebuah kedai yang menjual barang barang deco English Kak Intan terpandang kan barang barang pinggan mangkok yang bercorak dizaman 7o an dulu. Ishhhh.... cantek cantek lah pula, sebab biasanya dengan corak bunga bunga sahaja. Jadi rasanya nak tukar pula citarasa ni seperti dizaman 70an pula. Harga pun harga mampu milik olih kesemua orang rasa nya kan...sesiapa pun bolih mendapat kan nya...jum kita tengok apa yang Kak Intan dapat...mula mula sekali Kak Intan ternampak kan mangkuk2 sup/bubur ni dalam pelbagai warna , dan corak, cantek cantek dan terang terang warna nya.
Warna biru ni ada corak yang sama warna tapi berlainan saiz nya, kalau makan bubur atau sup memang sesuai kan letak dalam bekas bekas yang macam ni.
Warna merah pun ada, tapi Kak Intan dapat yang ini sahaja, bercorak belang dan kotak kotak ni...bila tanya stok kat salesgirl tu kata nya dah habis..alahai..
Lepas tu nampak pula yang corak retro ni... hanya tinggal yang ini satu set...cepat cepat Kak Intan rembat. Paling suka sebab ada corak rama ramanya tu...wahhhh...
Paling minat dengan corak polka dot ni...ishhhh pun dah tak ada stok . Hanya yang ini sempat Kak Intan rembat..he..he.. tak kisah lahhh..
Pink colour ni pun sama...cawan nya pula tak ada tapi Kak Intan rembat je warna putih yang bolih dipadan kan dengan pink colour tu...sukaaaa... he he.. lembut je warna nya..
Yang ni pula warna biru.... rasanya dalam banyak2 tu yang ini paling mahal, tapi tak la melebihi dari $20/=. Ok lah layan dulu ya koleksi koleksi terkini didapor Kak Intan ni ya. Salam dan jumpa lagi....

10 ulasan:

  1. Terima kasih Miera Icey...sebab tu lah Kak Intan suka..he..he..

    BalasPadam
  2. A'kum K Intan, Lama tak tegur.. selalu juga masuk blog akak.. Comel nya mangkuk2 tu? Kak Intan beli kat mana (nak tahu juga tu).. Have a nice day K Intan..

    BalasPadam
  3. w/salam Honey..Kak Intan beli diKK Home Deco je...terima kasih Honey selalu singgah blog Kak Intan ya..

    BalasPadam
  4. kak intan;
    cantik2 la collection tuh...saya pun suka je collect yg comel2 macam nih tapi kewangan terhad lor.....

    BalasPadam
  5. salam k.intan..aah laaa cantik lak tgk set2 corak gitu...lain dr yg biasa2 penuh bunga...kotak2 yang menarik....Habis la dah kat kedai tu k.intan rembat eks? hehehe...

    BalasPadam
  6. Shiori...mmg sekali pandang dah suka..tai tak lah mahal sangat Shiori bawah pada $10/= kira murah la kan...insyaallah dah mencukupi nanti mesti dapat tuhhh

    BalasPadam
  7. Ummi..insyaallah ada lagi tinggalkan untuk Ummi he..he...

    BalasPadam
  8. k.intan,

    So sweet...

    BalasPadam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...