01 Mac 2011

PUDING LAICI.

Assalamualaikum,
Menu ni Kak Intan buat petang semalam untuk hidangan tetamu yang datang berkunjung kerumah. Tetamu yang Kak Intan tak pernah jumpa sebelum ni, selalu nya bersembang di FB je...asal nya bertemu tetamu Kak Intan ini dari dalam blog dia. Dari situ saling berbalas mesej di SB akhirnya kami dengan izin Allah bertemu juga. Nak jadikan cerita, tetamu Kak Intan ni sekampong dan arwah ibu nya merupakan salah seorang tenaga pengajar masa Kak Intan bersekolah menengah dahulu.... ala ala jejak kasih la pula. Terima kasih kepada Ruhaizah Bunyamin (Ayu Little Cottage ) kerana sudi singgah ke rumah Kak Intan semalam ya...Kak Intan sekeluarga sangat berbesar hati menerima kedatangan Ayu sekeluarga. Mohon maaf sekiranya ada kekurangan layanan dan terkasar bahasa semasa kedatangan Ayu semalam...almaklumlah kannn.. menu pun ala kadar sahaja yang dapat Kak Intan sediakan... termasuk lah puding laici ini..
Puding laici ni Kak Intan dapat idea masa join dengan kawan kawan FB punya masakan.. ternampak En Hatta buat puding laici Kak Intan pun cuba buat sama... resepi main belasah dan mana ada yg dalam stok kat dapor tu Kak Intan masak. Alhamdulillah menjadi...Ok layan dulu pic nya ni ya...Kak Intan nak memasak hidangan tengahari pula ni... jumpa lagi dientry yg akan datang...

2 ulasan:

  1. kak intan.. share la resepi.. nampak menarik la ;)

    BalasPadam
  2. sedapnya.. sejuk tekak rasanya.. boleh minta resepi?

    BalasPadam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...